Make your own free website on Tripod.com
 

BULETIN BIL. 88/99 (Feb. 1999)
  PELAKSANAAN HUDUD  MAKIN TERBAYANG

HUDUD mempunyai hara-pan yang positif untuk dilaksanakan selepas pilihan raya akan datang memandangkan perkembangan politik negara ini sekarang cenderung kepada menegakkan pemerintahan Islam.
 

Semiskin-miskin Kelantan boleh juga buat pembangunan

HUBUNGAN antara kerajaan dan rakyat dalam pembangunan adalah sebenarnya merupakan hubungan tolong menolong berdasarkan rakyat membayar cukai kepada kerajaan maka barulah kerajaan dapat memberi pembangunan kepada rakyat.
 

Rakyat diajak kembali kepada Islam dalam semua bidang

RAKYAT diseru terus menyokong Kerajaan PAS yang mahu menunaikan tanggung-jawab melaksanakan cara hidup dan undang-undang Islam.
 

Melaksanakan Hudud bererti menegakkan Negara Islam

MEMPERKATAKAN Hudud bererti memperkatakan tentang Negara Islam. Ahli panel dalam forum sempena sambutan Hari Hudud anjuran Kerajaan Kelantan pada 9 Februari lalu, Dr. Johari Mat, menjelaskan kenyataan tersebut dengan berkata apabila Hudud dilaksankan di sesebuah negara maka negara itu adalah negara Islam.
 

Hudud tanggungjawab pemerintah

DI LUAR Kelantan, ramai orang masih tidak tahu tentang Hudud, kata Ustaz Baderudin bin Haji Ahmad dari Kedah, ahli panel di majlis forum sempena sambutan Hari Hudud di Padang Perdana Kota Bharu pada 9 Feberuari lalu.
 

Tilam di mahkamah sebabkan orang mula mahukan Hudud

YANG Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Ustaz Ahmad Awang, berkata ramai orang mula mahukan Hudud dilaksanakan kerana tidak mahu lagi tilam dijadikan saksi penting di mahkamah.
 

Pemulihan kawasan Pantai Sabak perlukan belanja besar

MENTERI Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, berharap Kerajaan Pusat mengambil perhatian berat untuk mengatasi masalah hakisan ombak terhadap Pantai Sabak di Pengkalan Chepa yang semakin serius.
 

Teknologi baru cegah hakisan digunakan di PCB

PROJEK printis menggunakan teknologi baru yang dipanggil Beach Management System (BMS) dilaksanakan di Pantai Cahaya Bulan bagi mencegah hakisan di pantai itu.
 

Pegawai Kewangan jawab soalan di sidang Dewan Undangan Negeri 

SPEAKER Dewan Undangan Negeri Kelantan, YB Haji Wan Abdul Rahim bin Wan Abdullah, membenarkan Pegawai Kewangan Kerajaan Kelantan, YBM Dato’ Tengku Shah Buddin bin Tengku Maasom, menjawab soalan daripada pihak pembangkang dalam sidang Dewan itu baru-baru ini.
 

Bayaran wajib Kerajaan Persekutuan kepada Kelantan sudah dibayar

KERAJAAN Pusat telah membayar kepada Kerajaan Kelantan semua peruntukan wa-jib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perlembagaan.
 

1621 ekar tanah terbiar berjaya diusahakan

PADA tahun 1998 seluas 1621 ekar tanah terbiar seluruh Kelantan diusahakan dengan hasil yang diperolehi sebanyak RM7000,000.
 

Mangsa hakisan ombak Pantai Sabak diberi tanah kediaman

KERAJAAN Kelantan telah membelanjakan kira-kira RM100,000 untuk membeli sebidang tanah paya nipah dan kemudian menebus guna dengan menambunnya bagi menempat-kan semula 37 keluarga mangsa hakisan ombak di Pantai Sabak.  Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu telah menjadikan kawasan tersebut yang terletak di Kampung Kenerok, Sabak, Pengkalan Chepa sebanyak 40 lot dengan ukuran 40' X 60' setiap lot.
 

Taraf rizab Melayu tak hilang untuk diri kilang atau rumah 

KELANTAN mempunyai seluas 1,306,205 hektar tanah rezab Melayu.  Seluas 1036 hektar telah diubah syarat menjadi kawasan perumahan dan 227.2 hektar ditukar menjadi kilang, kata Menteri Besar, YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat menjawab soalan YB Haji Mohd. Yusoff bin Abdullah (PAS - Bukit Tuku) di Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini.
 

Tiada ladang khinzir di Kelantan

TIDAK ada ladang khinzir di Kelantan walaupun terdapat 1,821 ekor khinzir dipelihara di negeri ini. Begitu juga tidak ada tanda jangkitan virus JE pada khinzir di Kelantan sekarang.
 

Ahli PURNAMA saksi kerja industri perkayuan hiliran bersepadu

SERAMAI lima belas orang ahli Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan (PURNAMA) berpeluang menyaksikan bagaimana kerja-kerja sepadu dalam industri perkayuan hiliran dilaksanakan di sebuah kilang di Kuala Krai baru-baru ini.
 

Kerajaan rangka 12 kawasan baru untuk industri

KERAJAAN merangka program pembangunan 12 buah kawasan perindustrian yang baru di bawah rancangan Pelan Tindakan Pembangunan Industri Koridor Timur, yang diharap dapat mengatasi masalah pengangguran.
 

Jumlah rakyat termiskin Kelantan turun kepada 5990

JUMLAH rakyat termiskin di Kelantan telah turun daripada 23,367 pada tahun 1993 kepada 5990 pada tahun 1998. Pada tahun 1995/96 jumlah-nya ialah 12,436.
 

Perjanjian bekalan gas dari Thailand di meterai

PERJANJIAN usahasama bagi membekalkan gas ditandatangani antara Keloil Bottling Sdn. Bhd., anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelan-tan (PKINK) dengan Petroleum Authority of Thailand (PTT).
 

Para profesional patut pertahan Kerajaan Kelantan sekarang

TIMBALAN Menteri Besar Kelantan, YB Haji Abdul Halim bin Abdul Rahman berkata dalam keadaan manusia menghadapi cabaran, godaan, tipu muslihat yang membawa mereka menjauhkan diri daripada Allah, bukan mudah untuk lahirkan kerajaan yang mendapat keredhaan Allah berdasarkan kepada perintah-perintah Allah dan Rasul-Nya.
 

Industri hiliran perkayuan ada pasaran besar tetapi kurang bekalan balak

SYARIKAT Setia Budi Sdn. Bhd. (SBBS)di Kuala Krai merupakan satu-satunya syarikat perkayu-an Kelantan yang mencapai kejayaan pesat sehingga dapat disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur.
 

Awal-awal Lagi Dasar Islam Dapat Wujudkan Kestabilan dan Ketenangan

Walaupun kepimpinan negeri dengan jelas dikaitkan dengan Islam sebagai dasarnya, tuan-tuan dapat melihat kestabilan dan ketenangan rakyat tetap wujud bahkan bertambah subur.
 

Pelajar kaum bukan Melayu turut dapat pinjaman pengajian tinggi YAKIN

PELAJAR daripada kaum bukan Melayu dari Kelantan turut diberi pinjaman oleh Kerajaan Negeri melalui Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) untuk melanjutkan pengajian di Pusat Pengajian Tinggi.
 

Kelantan telah banyak baiki sikap hubungan antara Islam dengan bukan Islam

YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, berkata sejak Kerajaan Negeri melaksanakan dasar Membangun Bersama Islam banyak amalan budaya masyarakat yang tidak betul telah dapat diubah dan diperbetulkan, termasuk, misalnya, hubungan antara kaum khususnya antara masyarakat Melayu Islam dengan yang lain-lain.
 

Yang bukan Islam patut ambil tahu larangan Islam

Pengerusi Jawatankuasa Pemba-ngunan Masyarakat, Hal Ehwal Wanita dan Hubungan Antara Kaum, YB Ustaz Hassan Muhamad berkata Kerajaan Negeri sentiasa berusaha me-rapatkan lagi orang Islam di nege-ri ini dengan yang bukan Islam kerana Islam amat menggalakkan hubungan ini.
 

Anak Kelantan di perantauan perlu bersiap

RAKYAT Kelantan yang berada di perantauan patut bersiap sedia menghadapi era tahun 2000 apabila Kelantan menjadi negeri petroleum dan gas, kata Pengerusi Jawatankuasa Perda-gangan, Perindustrian, Pemba-ngunan Usahawan dan Sumber Manusia, YB Haji Ahmad Yakub.
 

Negeri lain bankrap sebelum Kelantan

PENGERUSI Jawatankuasa Perancangan Kewangan dan Pentadbiran Awam, YB Dato’ Haji Halim Mohamed, berkata kalau negeri-negeri lain terpaksa berhutang dengan pusat untuk biayai kos pentadbiran,  Kelantan masih belum berhutang sebaliknya kita bayar hutang.
 

Kolej Islam Kelantan ditubuh

YAYASAN Kelantan Darulnaim (YAKIN) mendapat lesen untuk mengendalikan Kolej Islam Kelantan (KIK), iaitu sebuah institusi pengajian tinggi berteraskan Islam. Pengambilan pelajar kumpulan pertama akan dibuat tidak lama lagi tahun ini.
 

Perkataan ‘relevan’ gamatkan sidang DUN Kelantan

SIDANG Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 22 Februari lalu gamat sebentar apabila perkataan 'relevan’ disebutkan.
 

MB jelaskan sebab kelewatan lulus tukar syarat tanah

MENTERI Besar Kelatnan, YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, memberitahu Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan 22 Februari lalu, tukar syarat tanah biasanya mengam-bil masa enam bulan untuk diluluskan.
 

Kerajaan Kelantan tiada hutang dengan KWSB

TIDAK ada hutang yang dituntut oleh Kelantan Water Sdn. Bhd. (KWSB) terhadap Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Kelantan pula tidak berhutang dengan KWSB, demikian ditegaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam, Alam Sekitar dan Kesihatan, YB Haji Hassan Abdullah, kepada sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan 22 Februari lalu.
 

Anak Kelantan di perantauan boleh bantu Kerajaan Kelantan dalam banyak perkara

PERTEMUAN tahunan di antara Kerajaan dengan anak Kelantan di perantauan yang diadakan sempena Hari Raya Idilfitri  mendapat sambutan menggalakkan.
 

KELANTAN SEMAKIN DIPERHATIKAN

“Semiskin-miskin rakyat Kelantan, kita masih boleh membuat pembangunan,” kata Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
 

Majlis-Majlis Daerah di Kelantan mampu berdikari menjelang 2005

MENJELANG tahun 2005 Majlis-Majlis Daerah di negeri Kelantan dijangka dapat berdikari dari segi kewangan untuk melaksanakan pengurusan dan pembangunan.
 

Pinjaman kerajaan tanpa surat perjanjian berlaku sebelum 1990

SETELAH ditegur oleh pihak audit, barulah Kerajaan Kelantan menyedari ada 12 pinjaman Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, termasuk satu kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu, daripada kerajaan dibuat tanpa surat perjanjian dan enam  lagi dibuat dengan surat perjanjian tidak ditandatangani.
Kesemua pinjaman tersebut berlaku sebelum tahun 1991.