YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan memberi jangkaan sedemikian ketika berucap merasmikan majlis pelancaran sambutan Hari Hudud di Padang Merdeka, Kota Bharu pada 9 Februari lalu.
“Semoga selepas pilihan raya akan datang ini kita dapat melihat Hudud
diterima secara lebih positif untuk dilaksanakan berikutan perubahan politik
yang lebih menghala kepada Islam di negara ini,” katanya.
Enakmen Jenayah Syariah II bagi melaksanakan Hudud dilu-luskan oleh
Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Hingga kini Kerajaan PAS
Kelantan tidak dapat melaksana-kannya kerana Kerajaan Barisan Nasional
Pusat enggan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Hudud dilaksana-kan.
Malahan pemimpin Kerajaan Pusat memberi amaran akan mengambil tindakan
sekiranya Kerajaan Kelantan terus melaksanakan Hudud.
“Kita tidak keciwa dengan halangan-halangan yang ada ini, sebaliknya terus menjelaskan kewajipan menjalankan Hudud,” katanya.
Menurut beliau, sambil menantikan perlaksanaan Hudud, Kerajaan Kelantan
telah mencegah dan melaksanakan larangan-larangan ke arah maksiat seperti
judi, hiburan-hiburan, arak dan lain-lain.
Beliau menjelaskan bahawa Barat yang memusuhi Islam menggunakan hiburan
untuk menghancurkan belia Islam. Barat mengembangkan maksiat di kalangan
umat Islam melalui program-program hiburan.
“Sebaliknya, kita di Kelantan menggalakkan amal ibadat de-ngan mengembangkan budaya hidup solat berjemaah, bersede-kah dan sebagainya,” jelasnya.
Beliau menegaskan lagi, Hudud wajib dilaksanakan ke-rana Hudud ialah alat pengha-lang maksiat dan kerosakan dalam kesejahteraan hidup.
Lebih-lebih lagi manusia mesti faham bahawa dia ialah hamba Allah yang mesti patuh kepada peraturan-peraturan yang ditentukan Allah termasuk dalam soal halal dan haram, sunat, makruh, jelas beliau.