MEMPERKATAKAN Hudud bererti memperkatakan tentang Negara Islam.
Ahli panel dalam forum sempena sambutan Hari Hudud anjuran Kerajaan Kelantan pada 9 Februari lalu, Dr. Johari Mat, menjelaskan kenyataan tersebut dengan berkata apabila Hudud dilaksankan di sesebuah negara maka negara itu adalah negara Islam.
Beliau juga menegaskan bahawa melaksanakan undang-undang Hudud bererti
keluar daripada penjajahan.
Ini kerana negara kini masih terikat dengan cara pelaksanaan dan prinsip
undang-undang penjajah Inggeris, katanya.
“Orang takut Hudud dilaksanakan di negeri Kelantan kerana takut Kelantan jadi negeri Islam. Ini memang ditakuti oleh mereka yang menentang penubuhan negara Islam.
“Sebenarnya, orang setuju di hati dengan Hudud, tetapi sebab ada kepentingan yang semen-tara, mereka tak mahu Hudud dilaksanakan,” sindirnya.
Beliau menjelaskan lagi, Hudud mula dilaksanakan oleh Rasulullah SAW ketika berada di Madinah bukan di Makkah, bagi menunjukkan negara Islam terbentuk di Madinah.
Menurut Dr. Johari orang yang beriman kepada Allah melaksanaakan hukum Allah seperti Hudud sedangkan orang yang tidak yakin kepada hukum Allah bererti tidak beriman kepada Allah.
Bagaimanapun, menurut be-liau lagi, manusia sekarang me-nuju ke arah hendak hidup cara Islam, bererti mahukan Hudud
Menyentuh tentang isu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
yang dihadapkan di mahkamah atas tuduhan rasuah yang dikaitkan dengan salah
laku seks, Dr. Johari berkata tidak mungkin isu ini boleh berlaku
sekiranya Hudud telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia untuk dilaksanakan.
Katanya, mengikut kaedah undang-undang Islam, tuduhan mesti ada bukti kukuh sebelum dibawa ke mahkamah dan dalam kes berkenaan sudah tentu orang tidak berani jadi saksi jika ikut cara Islam.
Katanya lagi, secara Islam, saksi hendaklah dikemukakan empat orang yang layak dan dapat memberi bukti-bukti yang jelas. Secara ini jenayah berkaitan terbukti memang dibuat di tempat terang atau secara terang-terangan.