Seorang lagi ahli panel, Dr. Johari Mat, dari Universiti Malaya menggesa supaya Hari Hudud dihebahkan juga di luar Kelantan.
Dalam forum bertajuk ‘Hudud Menjamin Keamanan Sejagat’ itu, Ustaz Baderudin menegaskan bahawa pemerintah bertang-gungjawab melaksanakan hu-kum-hukum Allah terutamanya Hudud.
“Melalui Hudud, Islam mem-pastikan jenayah tidak berte-rusan menyebabkan kerosakan dalam masyarakat manakala penjenayah tidak berterusan melakukan jenayah,” katanya.
Menurut beliau, Hudud bererti menghalang orang daripada meneruskan jenayah.
“Tetapi dalam hukum sekular wang (daripada denda) mungkin lebih penting daripada soal hendak menghentikan jenayah,” katanya.
Tambah beliau, hukum-hukum dan anjuran-anjuran dalam Islam banyak sekali mencegah kerosakan daripada berlaku di muka bumi.
“Ada juga hukum dan peraturan Islam tentang alam sekitar bagi mencegah
manusia melakukan kerosakan.