YANG Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Ustaz Ahmad Awang, berkata ramai orang mula mahukan Hudud dilaksanakan kerana tidak mahu lagi tilam dijadikan saksi penting di mahkamah.
Bercakap sebagai ahli panel pada forum sempena sambutan Hari Hudud di Padang Perdana Kota Bharu 9 Februari lalu, beliau menyebut tentang tilam yang dibawa ke mahkamah sebagai barang saksi dalam perbicaraan ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menghadapi tuduhan rasuah.
Dalam perbicaraan tersebut tidak lama sebelum ini, pihak pendakwa telah membawa tilam ke mahkamah untuk menjadi bukti dakwaan salah laku seks terhadap Datuk Seri Anwar.
Bagaimanapun hakim dalam perbicaraan berkenaan memerin-tahkan supaya perkara-perkara berhubung dengan salah laku seks termasuk hal-hal berkitan tilam tersebut dipadamkan daripada catatan mahkamah apabila pihak pendakwa raya meminda tuduhan-tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar
Katanya bagi menjamin kesejahteraan semua, undang-undang Islam menetapkan supaya yang menuduh turut dipertanggungjawabkan atas tuduhannya dan saksi-saksi yang layak hendaklah dikemukakan.
Beliau juga berkata, oleh kerana tidak dilaksanakan hukum Allah berlakulah berbagai-bagai kerosakan pada orang Islam.
Bercakap pada majlis forum bertemakan ‘Hudud Menjamin Keamanan Sejagat’ itu, beliau menegaskan bahawa apabila Hudud dilaksanakan, kesejah-teraan akan terjamin kepada semua.
Katanya, mengikut Islam kesejahteraan bukan sahaja untuk sesama manusia tetapi juga untuk semua makhluk kerana Allah menjadikan Islam sebagai memberi rahmat kepada seluruh alam.
Katanya, mengikut kaedah Islam, seseorang yang melakukan hubungan seks dengan lembu atau binatang lain, maka lembu atau binatang itu mesti dibunuh.
“Manusia mungkin jemu dengan manusia, maka dibuat-nya pula dengan binatang; maka untuk menjamin perbuatan ini tidak bermaharajalela hingga merosakkan makhluk-makhluk ini, pencegahan dibuat dengan diadakan undang-undang serta hukuman menurut Islam,” katanya.