MENTERI Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, berharap Kerajaan Pusat mengambil per-hatian berat untuk mengatasi masalah hakisan ombak terha-dap Pantai Sabak di Pengkalan Chepa yang semakin serius.
Usaha mencegah hakisan ombak ke atas Pantai Sabak dan menebusguna kawasan terbabit ditaksirkan memerlukan belanja kira-kira RM800 juta.
Bercakap kepada para pemberita selepas majlis menyerahkan lot-lot tanah kepada mangsa hakisan di kawasan berkenaan pada 8 Februari lalu, Tuan Guru berkata Kerajaan Pusat melalui Jabatan Parit dan Saliran telah membuat kajian ke atas kawasan terbabit tetapi masih belum melakukan apa-apa tindakan yang berkesan.
“Pernah ada usaha bersama Kerajaan Negeri dengan Keraja-an Pusat untuk mengatasinya tetapi gagal sama sekali menyebabkan kira-kira lapan juta ringgit yang dibelanjakan hapus begitu sahaja,” katanya.
Usaha menempatkan semula kumpulan pertama mangsa ha-kisan sebelum ini
juga terancam kerana penempatan semula ter-sebut turut mengalami hakisan.