PROJEK printis menggunakan teknologi baru yang dipanggil Beach Management System (BMS) dilaksanakan di Pantai Cahaya Bulan bagi mencegah hakisan di pantai itu.
Pengerusi Jawatankuasa Per-tanian, Pembangunan Luar Bandar dan Industri Desa, YB Haji Omar Mohamad, memberitahu demikian di sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.
Katanya, projek itu memakan belanja RM2.4 juta.
Di Pantai Sabak, jelas beliau, penambakan yang dilakukan sejak 1996-97 menelan belanja RM 13 juta.
Menjawab soalan YB Mohd. Adhan bin Kechik (BN- Kemahang), beliau berkata ada tiga sebab utama hakisan pantai berlaku, iaitu, tindakan ombak, pantai berpasir dan kurang bahan enapan dari sungai.
Antara langkah pencegahan, kata beliau, semua projek di ka-wasan pantai adalah mengambil kira peraturan sebagaimana yang terdapat dalam Surat Peke-liling No.5/1987 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Garis Panduan Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Kawalan Hakisan Pantai.
Menjawab soalan daripada YB Mat Nawawi bin Mat Jusoh (BN-Pengkalan Kubor)
tentang hakisan di Pantai Sri Tujuh, YB Haji Omar menjelaskan keadaan di
pantai itu tidak termasuk dalam kategori kritikal tetapi sentiasa dalam
pengawalan pihak JPS.