SPEAKER Dewan Undangan Negeri Kelantan, YB Haji Wan Abdul Rahim bin Wan Abdullah, membenarkan Pegawai Kewang-an Kerajaan Kelantan, YBM Dato’ Tengku Shah Buddin bin Tengku Maasom, menjawab soalan daripada pihak pembangkang dalam sidang Dewan itu baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perancang Kewangan dan Pentad-biran Awam, YB Dato’ Haji Halim Mohamed memberi laluan ke-pada Dato’ Tengku Shah Buddin bagi menjawab soalan YB Mohd. Adhan bin Kechik (BN - Kemahang) tentang jenis-jenis peruntukan wajib yang dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri.
YBM Dato’ Tengku Shah Buddin berkata ada tujuh jenis peruntukan iaitu, pemberian mengikut bilangan penduduk, pemberian jalan raya, pemberian pertambahan hasil, pemberian keseimbangan Pihak Berkuasa Tempatan, pemberian pembi-naan infrastruktur, ekonomi dan kesejahteraan rakyat, membiayai pembiayaan mengurus jabatan-jabatan di bawah senarai bersa-ma dan lima peratus kepada kos projek pembangunan persekutuan yang dikelolai oleh Kerajaan Negeri.
YB Dato’ Haji Halim berkata beliau meminta Pegawai Kewangan menjawabnya bagi menjimatkan masa.