JUMLAH rakyat termiskin di Kelantan telah turun daripada 23,367 pada tahun 1993 kepada 5990 pada tahun 1998.
Pada tahun 1995/96 jumlah-nya ialah 12,436.
Angka tersebut dikeluarkan oleh Kementerian Pembangun-an Luar Bandar bagi tahun 1993 dan 1996, manakala angka tahun 1998 dikeluarkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berda-sarkan pendapatan RM212 sebulan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Industri Desa, YB Haji Omar Mohamad, memberi-tahu demikian ketika menjawab soalan YB Abdul Aziz Derashid (BN-Pergau) di Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini.
Beliau turut menjelaskan bahawa berdasarkan Rancangan Malaysia Ketujuh peruntukan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk tujuan ini ialah RM3 juta bagi perbelanjaan rakyat termiskin, RM5 juta bagi penempatan semula penduduk, RM2.5 juta bagi bekalan elektrik dan air, RM770,000 bagi Tabung Kanak-Kanak Termiskin, RM1.8 juta bagi Qadrul Hassan.
Katanya, selain ini bantuan dikeluarkan juga melalui Jabatan Haiwan, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, YAKIN dan Tabung Serambi Mekah.
Menjawab soalan tambahan, beliau berkata jajahan di Kelantan yang paling tinggi jumlah rakyat termiskin ialah di Tumpat dan paling rendah di Jeli.