PERJANJIAN usahasama bagi membekalkan gas ditandata-ngani antara Keloil Bottling Sdn. Bhd., anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelan-tan (PKINK) dengan Petroleum Authority of Thailand (PTT).
YAB Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat mengetuai rombongan Kelantan untuk menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu di Menara PTT, di Bangkok pada 16 Februari lalu.
Ketua Eksekutif PKINK, Wan Zulkifli bin Wan Yusoff dan Ahli Lembaga Pengarah Keloil Sdn. Bhd., YB Haji Hassan Mahmood, menandatangani perjanjian berkenaan bagi pihak Kelantan manakala Presiden PTT International, Viset Choopidan dan Naib Presiden PTT (Usaha-sama), Natachart Chakuchinda, bagi pihak Thailand.
PTT menguasai 40% saham Keloil Bottling Sdn. Bhd. Sejak memulakan operasi lima bulan lalu syarikat ini mengeluarkan 1,500 ton gas sebulan.
Industri ini bertempat di Pantai Senok, Bachok, Kelantan, di mana terdapat
juga kilang membuat balang gas.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Haji Abdul Halim bin Abdul Rahman,
turut serta dalam rombongan itu.
Ketika berada di Bangkok, YAB Tuan Guru Menteri Besar sempat menemui para pemimpin dakwah Islam Thailand. Beliau juga diwawancara oleh majalah bulanan The Islamic Guidance yang berpengaruh di kalangan umat Islam Thailand. Sebagai pemimpin kerajaan bertaraf ulama, Tuan Guru memang dikagumi oleh masyarakat Islam Thailand.