SYARIKAT Setia Budi Sdn. Bhd. (SBBS)di Kuala Krai merupakan satu-satunya syarikat perkayu-an Kelantan yang mencapai kejayaan pesat sehingga dapat disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur.
SBBS mula ditubuhkan pada tahun 1983 untuk melibatkan diri di dalam perusahaan perkayuan secara kecil-kecilan.
Pada tahun 1992 Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, melawat kilang SBBS untuk melihat bermulanya syarikat ini mengorak langkah menyepadu-kan kegiatan perusahaan perkayuan hiliran yang lengkap. Pada tahun berikutnya, syarikat membina kilangnya yang moden untuk mengeluarkan produk dari-pada kayu bergergaji hinggalah kepada perabut yang berseni.
Butir-butir perkembangan syarikat dan kilang SBBS telah diberitahu oleh Pengarah Urusannya, Encik Kenny Chua Kien Lah, dalam taklimatnya kepada ahli-ahli rombongan Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan yang melawat kilang tersebut pada 11 Februari lalu.
Puncak kejayaan SBSB setakat ini dicapai pada tahun 1997 apabila syarikat berjaya disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur, iaitu beberapa bulan sebelum ekono-mi negara merudum berikutan kejatuhan nilai ringgit dan pasaran saham.
Beliau juga memberitahu, kilangnya kini sedang mengha-dapi masalah bekalan kayu yang semakin kurang. Katanya, ketika ini kayu balak yang ada di kilang terlalu sedikit menyebabkan kilang tidak dapat beroperasi sepenuhnya.
“Kemungkinan kilang keha-bisan kayu balak untuk diproses tidak lama lagi jika masalah ini tidak segera diatasi,” katanya.
Kepada Buletin, Encik Kenny Chua memberitahu kayu balak yang diperolehi kilang selama ini hanya dari negeri Kelantan saha-ja dan pihaknya tidak mendapat bekalan kayu dari negeri lain.
Beliau juga memaklumkan sejak tiga bulan kebelakangan ini kira-kira 200 orang pekerja ter-paksa diberhentikan oleh sebab kilang tidak dapat beroperasi sepenuhnya.
Katanya, kilangnya mempu-nyai pekerja lebih 800 orang termasuk 37 orang ahli ketukang-an seni halus (master craftsmen) dari Sri Lanka.
Beliau meminta Kerajaan Ke-lantan atau agensinya yang terli-bat dalam perkayuan membantu mengatasi masalah bekalan ini.
Menyentuh tentang pasaran hasil keluaran SBBS, beliau memberitahu hampir semua jenis perabut yang dihasilkan oleh kilangnya dipasarkan di Eropah terutama sekali di England, Jerman dan Itali.
Menurutnya lagi, pasaran amatlah menggalakkan dan ber-harap ahli-ahli ketukangan seni halus daripada anak tempatan supaya tampil untuk bekerja di kilangnya bagi meningkatkan lagi keupayaan syarikat mela-yani pesanan atau permintaan luar negara terhadap perabut-perabut bermutu dan berseni.