Walaupun kepimpinan nege-ri dengan jelas dikaitkan dengan Islam sebagai dasarnya, tuan-tuan dapat melihat kestabilan dan ketenangan rakyat tetap wujud bahkan bertambah subur. Ini bertentangan dengan propaganda sesetengah pihak bahawa dasar yang lain dari apa yang diamalkan sebelum ini akan mengganggu kestabilan negara. Sekarang terbukti bahawa propa-ganda sedemikian adalah tidak benar dan terbukti juga bahawa dasar-dasar islam mampu menge-kalkan kestabilan ekonomi dan politik . . .