Yang bukan Islam patut ambil tahu larangan Islam
Pengerusi Jawatankuasa Pemba-ngunan Masyarakat, Hal Ehwal Wanita dan
Hubungan Antara Kaum, YB Ustaz Hassan Muhamad berkata Kerajaan Negeri sentiasa
berusaha me-rapatkan lagi orang Islam di nege-ri ini dengan yang bukan
Islam kerana Islam amat menggalakkan hubungan ini.
Tidak ada halangan dalam Islam untuk umatnya merapa-tkan hubungan dengan
bukan Islam kecuali yang dibatasi oleh perkara-perkara yang diharam-kan
Islam.
“Orang bukan Islam elok juga ambil tahu apa yang agama Islam larang
terhadap orang Islam,” katanya di Majlis Sambutan Idilfitri Wanita Antara
Kaum bersama Menteri Besar di Dataran MPKB di Kota Bharu pada 28 Januari
lalu.
Di majlis itu Ustaz Hassan menyampaikan basikal-basikal yang disumbangkan
oleh Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu, Encik Anwar Tan, kepada kanak-kanak
keluarga kurang berada.