Anak Kelantan di perantauan perlu bersiap
RAKYAT Kelantan yang berada di perantauan patut bersiap sedia menghadapi
era tahun 2000 apabila Kelantan menjadi negeri petroleum dan gas, kata
Pengerusi Jawatankuasa Perda-gangan, Perindustrian, Pemba-ngunan Usahawan
dan Sumber Manusia, YB Haji Ahmad Yakub,
Beliau berkata demikian di majlis pertemuan tahunan di antara Kerajaan
dengan anak Kelantan di perantauan yang diadakan sempena Hari Raya Idilfitri
yang lalu.
Katanya, Kelantan pada hakikatnya ialah sebuah negeri yang sangat diminati
oleh pelabur kerana ia berpotensi muncul sebagai negeri terkaya di Malaysia
pada era 2000.
Para pelabur tetap datang ke Kelantan walaupun telah diberi gambaran
negeri ini tidak sesuai atau tidak selamat untuk melabur. Berkat kesabaran
dan ketelusan kerajaan sekarang, negeri ini mendapat pertolongan Allah
SWT., katanya.