Negeri lain bankrap sebelum Kelantan
PENGERUSI Jawatankuasa Pe-rancangan Kewangan dan Pen-tadbiran Awam,
YB Dato’ Haji Halim Mohamed, berkata kalau negeri-negeri lain terpaksa
ber-hutang dengan pusat untuk biayai kos pentadbiran, Kelan-tan masih
belum berhutang sebaliknya kita bayar hutang.
Katanya, Kerajaan Kelantan berjaya tanggung kos pentad-biran hasil
berjimat cermat sejajar dengan saranan YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar
supaya berbelanja jangan sampai boros, berjimat jangan sampai kedekut.
Beliau menambah, jika semua negeri di negara ini jatuh bankrap kerana
ancaman ekonomi seperti sekarang Kelantan akan menjadi negeri terakhir
mengalami masalah sedemikian kerana sikap berjimat cermatnya.
Beliau berkata demikian di majlis pertemuan tahunan di antara Kerajaan
dengan anak Kelantan di perantauan yang diadakan sempena Hari Raya Idilfitri
yang lalu.