Kolej Islam Kelantan ditubuh
YAYASAN Kelantan Darulnaim (YAKIN) mendapat lesen untuk mengendalikan
Kolej Islam Kelantan (KIK), iaitu sebuah institusi pengajian tinggi berteraskan
Islam. Pengambilan pelajar kumpulan pertama akan dibuat tidak lama lagi
tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan, Dakwah dan Penerangan,
YB Ustaz Mohamed bin Daud, berkata kelulusan lesen menubuhkan KIK membuktikan
keupayaan Yayasan untuk mengendalikan institusi pengajian tinggi.
Taraf pembelajaran dan kelulusan KIK nanti adalah sama dengan pusat-pusat
pengjajian tinggi dalam negara serta diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan
Awam Malaysia serta Universiti al-Azhar di Mesir.
Beliau memberitahu kemajuan yang dicapai ini di majlis Pertemuan Anak
Kelantan Perantauan dengan Pimpinan Kerajaan Kelantan sempena Idilfitri
di Kota Darulnaim baru-baru ini.