Perkataan ‘relevan’ gamatkan sidang DUN Kelantan
SIDANG Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 22 Februari lalu gamat sebentar
apabila perkataan r‘elevan’ disebutkan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam, Alam Sekitar dan
Kesihatan, YB Haji Hassan Abdullah,berkata adalah relevan baginya menja-wab
tentang kedudukan bekalan air di Kelantan walaupun mas-alah air sebenarnya
tidak berlaku pada Kelantan sahaja tetapi berlaku di negeri-negeri lain
juga.
“Biar saya yang tentukan relevan atau tidak relevan,” sampuk Speaker
Dewan, YB Haji Wan Abdul Rahim bin Wan Abdullah.
Kata-kata beliau itu disambut dengan gelak ketawa di dalam De-wan,
mungkin kerana perkataan itu sudah menjadi bualan ramai berikutan kerap
kali disebut di dalam perbicaraan bekas Timbal-an Perdana Menteri, Datuk
Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur yang masih berlangsung.
YB Haji Hassan menjawab perkara yang dibangkitkan oleh YB Ahmad Rosli
Ibrahim (BN - Salor) tentang rumah kediaman dan kilang masih belum menda-pat
bekalan air daripada KWSB.
Kata YB Haji Hassan, kilang-kilang yang buat permohonan bekalan air
tetapi tidak lulus telah dapat mengatasi masalah dengan membuat telaga
sendiri di kilang setelah mendapat kebenraran kerajaan.