Kerajaan Kelantan tiada hutang dengan KWSB
TIDAK ada hutang yang ditun-tut oleh Kelantan Water Sdn. Bhd. (KWSB)
terhadap Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Kelantan pula tidak berhutang dengan
KWSB, demikian ditegaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan
Awam, Alam Sekitar dan Kesihatan, YB Haji Hassan Abdullah, kepada sidang
Dewan Undangan Negeri Kelantan 22 Februari lalu.
Beliau memberitahu Kerajaan Kelantan tidak menerima apa-apa saman daripada
KWSB tetapi perkembangan sekarang ialah Thames Water yang memegang 70 peratus
equiti dalam KWSB sanggup menjual ekuiti itu kepada agensi Kerajaan Kelantan.
(Yayasan Kelantan Darulnaim - YAKIN memegang 30% ekuiti selebihnya).
“Kerajaan tiada masalah dengan KWSB dan kita telah empat kali berbincang
untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit daripada penswas-taan air itu.
Beliau menjawab soalan YB Leong Su Siong (BN - Kota Lama) yang mendakwa
ada hu-tang RM100 juta bagi caj per-khidmatan yang mesti dibayar kerajaan
negeri kepada KWSB.
Sebelum itu beliau membe-ritahu bahawa sejak dari Jun 1997
hingga 31 Disember tahun lalu, sebanyak 5,455 permohonan bekalan air tidak
diluluskan oleh Kelantan Water Sdn Bhd.
Katanya, KWSB telah tidak meluluskan permohonan bekal-an air kecuali
di Jajahan Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli.
Daripada jumlah tersebut, 1,095 ialah permohonan domestik, 43 permohonan
kilang, tiga permohonan hotel, 592 permohonan rumah kedai, dan 3,699 permohonan
rumah di taman perumahan.
Beliau juga memberitahu bagi mengatasi masalah bekalan air ini, Kerajaan
Kelantan akan menyediakan dua loji rawatan air di Kampung Chicha seluas
44.5 ekar yang telah diambil dan di mana sembilan buah telaga akan dibina
dan di Sungai Kelantan, iaitu di Gading Galoh, Pulai Chondong melibatkan
tanah seluas 59 ekar.