Anak Kelantan di perantauan boleh bantu Kerajaan Kelantan dalam banyak
perkara
PERTEMUAN tahunan di antara Kerajaan dengan anak Kelantan di perantauan
yang diadakan sempena Hari Raya Idilfitri men-dapat sambutan menggalakkan.
Menurut Pengerusi Jawatan-kuasa Pembangunan Islam, Pendidikan, Dakwah
dan Pene-rangan Negeri Kelantan, YB Ustaz Mohamed bin Daud, majlis pertemuan
yang diadakan itu menunjukkan anak Kelantan di perantauan itu sangat perihatin
terhadap Kerajaan Negeri.
Beliau menjelaskan demikian di Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan
baru-baru ini.
Menjawab soalan YB Haji Hanafi Daud (PAS - Chetok) yang ingin tahu
apa program yang perlu dimainkan oleh mere-ka dalam pembangunan negeri,
YB Ustaz Mohamed Daud berka-ta, mereka boleh menjelaskan dasar kerajaan
Membangun Bersama Islam di luar negeri di samping mereka boleh menjadi
perisai kepada dakyah-dakyah terhadap Kerajaan Kelantan.
Selain itu, katanya, mereka boleh bawa masuk pelabur-pelabur dan membawa
teknologi, pembangunan bagi membina mercu-mercu tanda kejayaan masing-masing
ke Kelantan seperti hotel-hotel, pusat-pusat pengajian dan sebagainya.
Mereka juga, tambah beliau, boleh membuat kajian-kajian ilmiah untuk
Kerajaan Negeri.
“Ahli korporat boleh memba-wa masuk pelaburan ke negeri ini, manakala
ahli akademik buat kajian tentang negeri ini,” katanya.
Beliau juga menjelaskan orang Cina dan India dari Kelan-tan boleh menyertai
pertemuan.