Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Haji Abdul Halim bin Abdul Rahman, pembangunan-pembangunan penting yang dijalankan di beberapa majlis daerah sekarang akan mampu menyumbang dalam usaha berdikari itu.
Katanya, sebagai contoh, Majlis Daerah Bachok diba-ngunkan dengan projek-projek petrokimia, Majlis Daerah Pasir Puteh dengan pusat pendaratan ikan di Tok Bali dan Majlis Daerah Tumpat dengan bandar baru di Pengkalan Kubor akan memberi hasil kepada majlis-majlis berkenaan di samping menjadi pemangkin kepada pembangunan yang lebih pesat seterusnya.
Beliau berkata demikian di majlis perasmian Pelan Peran-cangan Bandar dan Desa bagi Majlis Daerah Machang yang diadakan di Dewan Orang Ramai Machang baru-baru ini.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Profesor Dato Zainuddin Mohammad, dalam ucapannya di majlis itu berkata, jabatannya telah menjadikan prinsip-prinsip yang terdapat dalam ajaran Islam untuk memandu pembentukan pelan perancangan bandar dan desa di negara ini.
Katanya, pembentukan pelan tersebut, khususnya, menitikbe-ratkan faktor-faktor
alam sekitar.
Beliau menegaskan bahawa banyak kesilapan telah berlaku dalam perancangan
pemba-ngunan sebelum ini sehingga menyebabkan misalnya banjir kilat seringkali
berlaku di kawasan-kawasan kediaman.
Menurut beliau lagi, pemba-ngunan yang tidak mengambil kira kesannya
terhadap alam sekitar seperti pemotongan bukit dan penggondolan kawasan-kawasan
hutan telah menye-babkan kejadian-kejadian seperti banjir kilat dan bencana-bencana
lain seringkali berlaku.