Rekod bayaran balik atas pinjaman itu kepada Kerajaan Negeri juga tidak
didapati.
Pinjaman-pinjaman tersebut adalah daripada Kerajaan Pusat melalui Kerajaan
Negeri manakala Kerajaan Negeri tidak melabur di dalam anak-anak syarikat
kerajaan itu kerana ini menyalahi prosedur.
Sebuah kerajaan yang kuat ketika itu tidak berdaya menyediakan dokumen
perjanjian adalah amat menghairankan, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan,
YB Ustaz Abdul Halim bin Abdul Rahman, ketika menjelaskan perkara
ini kepada Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini.
Beliau menjawab soalan YB Adhan bin Kechik (BN - Kemahang).
YB Ustaz Abdul Halim berkata hanya sejak tahun 1993 hutang-hutang berkenaan
mula dibayar dan sehingga 1998 jumlah yang dibayar sebanyak RM45,974,530
iaitu RM5,807,009 pada tahun 1993, RM4,701,728 (1994), RM2,066,993 (1995),
RM7,061,299 (1996), RM 15,912,044 (1997) dan RM10,425,457 (1998).
Jumlah yang telah dibayar sejak 1993 ialah RM45,974,530.
Hutang yang belum dibayar ialah RM242,998,376.
YB Ustaz Abdul H alim berkata, PKINK mula diberikan geran pelancaran
berjumlah RM1,400,000 pada tahun 1966 sebagai geran pelancaran.