“Tidak ramai pengkaji berani tampil kerana Kerajaan Kelantan ialah pembangkang di peringkat Persekutuan,” katanya.
Beliau menyeru agar lebih banyak kajian dibuat untuk menunjukkan pemerintahan
Islam boleh dijayakan.
Beliau berucap merasmikan majlis Wacana Islam dan Kemakmuran Ekonomi
di Dewan Teratai, Kompleks Darulnaim, Kota Bharu pada 16 Mac lalu.
Di majlis itu pensyarah Sekolah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Encik Abd. Rahim Anuar memben-tangkan laporan kajian beliau tentang Kelantan: Islam dan Kemakmuran Ekonomi. Penye-lidikan ilmiah dari sudut ekonomi ini beliau lakukan bersama dengan Cik Azizah Mohd. Yusof.
Menurut Tuan Guru Dato’ Menteri Besar lagi, Barat yang menguasai ilmu sekarang mem-punyai sikap lebih suka kalau Islam ini tidak dikaji langsung.
Katanya, usaha pembaratan khususnya di kalangan intelektual nampaknya seolah-olah menunjukkan fikiran Barat itu sahaja yang ilmiah dan benar.
“Tetapi sebenarnya Barat cetak rompak dari al-Qu'ran,” tegas beliau.
Menurut beliau lagi, ajaran Allah bukan dipandang dari sudut falsafah
sahaja tetapi boleh dikaji dari segi saintifik, boleh diukur dan boleh
diangkakan. Al-Quran memberi banyak maklumat yang boleh dikaji secara saintifik.
Katanya lagi, tugas Islam tidak boleh dibebankan kepada ulama, tok
guru dan imam sahaja.
“Peranan tok guru, tok imam sudah boleh dianggap berjaya. Yang lain tak patut berpeluk tubuh. Ahli akademik, ahli professional dan sebagainya wajar bersama.
“Kebanyakan orang kam-pung sudah bersedia menerima pemerintahan Islam sedangkan golongan akademik, profe-sional dan kaya masih takut-takut,” katanya.
Menyentuh tentang dasar-dasar Kerajaan PAS Kelantan, beliau menjelaskan bahawa langkah mengharamkan judi, misalnya, memberi manfaat kepada ekonomi; begitu juga dengan langkah mengharamkan disko dan pusat hiburan.
Katanya, langkah-langkah itu terbukti dapat mengurangkan jenayah dan
masalah-masalah sosial untuk membolehkan perbelanjaan kerajaan dan keluarga
disalurkan kepada perkara lebih berfaedah.
“Ini berkat yang terang-terang dapat dilihat,” tegas beliau.