KERAJAAN PAS Kelantan boleh terima untuk kendalikan semua sekolah di negeri ini yang di bawah Kementerian Pendi-dikan sekiranya Kementerian itu mahu menyerahkannya.
“Kalau Kementerian Pendi-dikan hendak serahkan semua sekolahnya kepada kita, boleh kita terima,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan, Dakwah dan Penerangan, YB Ustaz Haji Mohamed bin Daud.
Beliau berucap mengganti-kan YAB Tuan Guru Dato’ Men-teri Besar merasmikan bangunan baru Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tumpat pada 18 Mac lalu. Serentak dengan itu, sekolah berkenaan telah diberikan nama baru sebagai Maahad Muham-madi Tumpat. Sekolah juga mengadakan hari terbuka dan pameran selama empat hari.
Beliau menjelaskan kesang-gupan Kerajaan PAS Kelantan itu adalah berasaskan kepada keinginannya untuk melahirkan orang yang soleh melalui pendidikan agama.
Katanya, walaupun Kerajaan PAS Kelantan tidak dapat mem-beri banyak kemudahan kerana tidak menerima hasil yang ba-nyak, rakyat tetap diberikan kemudahan setakat yang termampu.
“Memang kita sebagai pembangkang di peringkat negara tak dapat beri banyak kemudahan, tetapi kita buat dan beri juga kemudahan,” katanya
Menurut beliau, apabila PAS memerintah peruntukan sejum-lah RM35 juta setahun diberikan kepada Yayasan Islam Kelantan bagi mengendalikan sekolah-sekolah di bawah jagaannya sedangkan pada waktu Barisan Nasional memerintah Kelantan hanya sekitar RM14 - RM 15 juta setahun sahaja yang diperuntukkannya kepada YIK.
Beliau mengingatkan bahawa sewaktu beliau menjadi pegawai ketika Barisan Nasional meme-rintah dulu, sekolah-sekolah agama di negeri ini terbiar. Misalnya, ada sekolah agama di Rantau Panjang yang bangunan-nya terbiar bersandar ke pokok bacang kerana hendak roboh. Ketika PAS memerintah barulah bangunan sekolah itu diganti.
“Walaupun gawat sekarang, kita luluskan RM28 juta dan jumlah ini mungkin dapat ditingkatkan kepada RM30 juta dengan menggunakan tabungan jika perlu,” tambah beliau.
Untuk mengatasi masalah kewangan yang mungkin timbul untuk menampung sekolah-sekolah agama di bawah YIK, Kerajaan Kelantan telah mengambil langkah memperun-tukkan seluas 10,000 ekar kawasan balak untuk YIK.
Selain itu, katanya, Kerajaan Kelantan juga mencadangkan kepada pihak
korporat yang ingin memajukan kawasan perta-nian di negeri ini supaya menga-dakan
usahasama dengan YIK secara meletakkan tanah berkenaan sebagai milik YIK.