SEKOLAH Menengah Ugama (Arab) Tumpat yang kini dikenali sebagai Maahad Muhammadi Tumpat, awal tahun ini mula menggunakan bangunan baru tambahan tiga tingkat yang mengandungi 13 bilik darjah dan sebuah makmal sains yang lengkap. Pembinaannya menelan belanja RM744,000.
Menurut Mudirnya, Haji Mohd. Yusof Harun, cadangan menambah bilik darjah sekolah ini dibuat pada tahun 1997. Pada 9 Jun 1998, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, melaksanakan pecah tanah bagi memulakan pembinaan bangun-an baru sekolah ini.
Pembinaannya siap dan boleh digunakan pada 9 Januari 1999 lalu.
Dalam ucapan alu-aluannya di majlis perasmian bangunan baru sekolah Haji Mohd. Yusof berkata, murid sekolah ini seramai 637 orang pada tahun 1998 tetapi meningkat secara menda-dak sebanyak 23 peratus iaitu seramai 823 orang pada tahun ini.
Tahun lalu seramai 45 pelajar dari sekolah ini berpeluang melanjutkan
pelajaran ke institut pengajian tinggi (IPT).
Guru di sekolah ini seramai 43 orang manakala kaki tangan bukan guru
lima orang.
Perasmian bangunan baru tersebut dilaksanakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan, Dakwah dan Penerangan, YB Ustaz Haji Mohamed bin Daud mewakili Menteri Besar, YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Sempena perasmian ini Ustaz Mohamed bin Daud juga mengisytiharkan nama baru sekolah sebagai Maahad Muhammadi Tumpat.
Hari terbuka sekolah turut diadakan selama empat hari yang diisi dengan
pameran-pameran oleh para pelajar, agensi-agensi kerajaan serta swasta,
sukan rakyat yang disertai juga oleh kaum bukan Islam sekitar Tumpat, pasaria,
peertunjukan silat, kawad berkuda, pertandingan melukis dan berkawad serta
persembahan pelajar.
Forum Perdana berjudul Pengorbanan Dalam Pendidikan Adalah Tanggungjawab
Bersa-ma juga diadakan, yang ahli-ahli panelnya terdiri daripada Dr. Johari
Mat, Ustaz Harun Taib dan Ustaz Mohamad Mustafa.