KERAJAAN PAS Kelantan su-dah melaksanakan banyak per-ubahan dan kemajuan dalam pen-didikan melibatkan pengajian Is-lam sehinggakan sekolah-seko-lah di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) semakin diminati menyebabkan berlaku perebutan untuk memasukinya.
“Kerajaan Kelantan dan YIK terpaksa berfikir lebih daripada biasa untuk memberi tempat kepada mereka yang minat pada pelajaran agama,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan, Dakwah dan Penerangan, YB Ustaz Haji Mohamed bin Daud.
Menurut beliau, tumpuan perebutan memasuki sekolah-sekolah Maahad Muhammadi Lelaki dan Perempuan di Kota Bharu berlaku menyebabkan orang ramai menganggap seko-lah-sekolah kelolaan YIK yang lain seolah-olah berbeza se-dangkan semua sekolah berke-naan melaksanakan kurikulum yang serupa.
Beliau berkata, sebagai contoh Maahad Muhammadi Lelaki, Jalan Pengkalan Chepa dan Maahad Muhammadi Perempuan, Jalan Merbau, Kota Bharu masing-masing telah menerima lebih 1,000 permohon-an masuk sedangkan setiap sekolah itu hanya mampu meng-ambil tidak sampai 400 orang pelajar baru sahaja.
Beliau berucap merasmikan bangunan baru Sekolah Mene-ngah Ugama (Arab)
Tumpat pada 18 Mac lalu. Serentak dengan itu, sekolah berkenaan telah
mengadakan hari terbuka dan pameran selama empat hari.
YB Ustaz Haji Mohamed Daud yang menggantikan YAB Tuan Guru Dato’ Menteri
Besar di majlis tersebut turut meng-isytiharkan nama baru sekolah,
iaitu Sekolah Maahad Muham-madi Tumpat.
Katanya, bagi mengatasi salah anggapan orang ramai terhadap sekolah-sekolah di bawah YIK, Kerajaan Kelantan mengambil langkah untuk menyeragamkan secara berpe-ringkat-peringkat nama sekolah-sekolah berkenaan, iaitu meng-gunakan nama Maahad Muhammadi.
Menyentuh tentang perha-tian berat yang diberikan Kerajaan PAS Kelantan kepada bidang pendidikan, Ustaz Mohamed Daud berkata tujuannya adalah semata-mata hendak mengeluarkan generasi dan kepimpinan yang berakhlak dalam semua bidang,faham agama dan dapat melaksanakan tuntutan-tuntutan agama.
Katanya, sekolah-sekolah YIK bukan sahaja mampu mengeluarkan pelajar-pelajar yang khusus dalam bidang agama tetapi juga pelajar yang akan menjadi doktor, jurutera atau ahli sains yang mengerti agama.
Sehubungan dengan itu usaha-usaha YIK mengadakan kurikulum terbaik untuk para pelajarnya telah mendapat pengiktirafan bukan sahaja daripada pihak Universiti al-Azhar di Mesir tetapi juga di Jordan dan universiti-universiti tempatan.
Selain daripada itu terbukti sudah bahawa pelajar-pelajar yang
dihasilkan melalui sekolah-sekolah YIK merupakan pelajar-pelajar terbaik
di universiti-universiti walaupun mereka berada di aliran sains.