YAYASAN Islam Kelantan ber-terima kasih kepada penderma-penderma yang banyak sekali membantu bagi menjayakan pembinaan bangunan-bangun-an tambahan di sekolah-sekolah kelolaannya.
Pengarahnya, Haji Abdul Aziz Yusoff berkata sebahagian besar, sumbangan para pender-ma telah dapat menampung per-belanjaan pembinaan bangun-an-bangunan tambahan seko-lah-sekolah YIK.
Berucap mengalu-alukan majlis perasmian bangunan tam-bahan Sekolah Menengah Uga-ma (Arab) Tumpat pada 18 Mac lalu, beliau berkata walaupun keadaan gawat melanda negara sekarang dan hasil negeri terhad, Kerajaan Kelantan melalui YIK masih dapat melaksanakan pem-binaan sekolah-sekolah agama di negeri ini.
Katanya, YIK terpaksa men-eruskan pembinaan bilik-bilik darjah tambahan bagi menam-pung permohonan memasuki sekolah-sekolah berkenaan yang semakin diminati.
Menurut beliau, ada sekolah yang dulunya cuma mendaftar lima orang kemasukan pelajar baru, tiba-tiba tahun ini terpaksa menerima 80 pelajar, iaitu satu peningkatan mendadak.
Sepanjang tahun lalu, YIK telah melaksanakan pembinaan bangunan-bangunan tambahan di sekolah-sekolah di Air Lanas, di Inderaputra Bachok, di Kampung Nipah Bachok, di Jalan Raja Dewa, Kota Bharu, Asrama Pengajian Pondok Bachok dan di Nilam Puri, tambah beliau.
Menurut beliau lagi, selain aliran sains yang diwujudkan di sekolah YIK tahun lalu, aliran teknik dan perdagangan telah dimulakan manakala aliran vokesyenal akan diwujudkan.
Tambah beliau, pencapaian para pelajar di sekolah YIK juga memuaskan
dibanding pelajar sekolah lain.