YANG Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tumpat, Ustaz Haji Razali Ismail, menyeru masyarakat setempat membantu dan bekerjasama dalam membentuk identiti kecemerlangan sekolah ini.
Beliau menjelaskan bahawa sistem pembelajaran di sekolah agama agak berat kerana terpaksa mengikuti dua aliran iaitu aliran agama dan aliran akademik biasa
Oleh itu, katanya, para pelajar sekolah ini perlu berhemah tinggi dan
masyarakat mesti membantu mereka.
Dalam ucapan mengalu-alukan perasmian bangunan baru sekolah berkenaan
18 Mac, beliau berkata dalam keadaan gawat moral pada masa ini minat masyarakat
kepada pendidikan agama semakin meningkat.
“Sekolah ini mengalami peningkatan jumlah pelajar dengan begitu mendadak.
“Semoga kesedaran ini berterusan kerana kita tidak mahu pelajaran agama
persis seperti air batu yang hanya perlu pada hari panas tetapi diketepikan
pada hari tengkujuh,” katanya.