TOHMAHAN bahawa Kelantan terus merosot ekonominya di bawah PAS kini terjawab melalui satu kajian ilmiah yang baru dikeluarkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan, Dakwah dan Penerangan, YB Ustaz Haji Mohamed bin Daud.
Beliau merujuk kepada sebuah laporan penyelidikan ekonomi berjodol Kelantan: Islam dan Kemakmuran Ekonomi oleh Encik Abd. Rahim Anuar dan Cik Azizh Yusof dari Sekolah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM).
“Inilah jawapan cara akademik terhadap tohmahan-tohmahan terhadap pemerintah-an PAS Kelantan,” katanya ketika berucap mengalu-alukan majlis Wacana Islam dan Kemakmuran Ekonomi di Dewan Teratai, Kompleks Darulnaim, Kota Bharu pada 16 Mac lalu.
Majlis anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan itu merupakan pem-bentangan laporan penyelidikan tersebut oleh Encik Abd. Rahim Anuar
Dalam majlis tersebut juga laporan itu diulas oleh tiga orang ahli panel iaitu ADUN Pulai Chondong, YB Zulkifli Mamat; pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr. Aziz Bari dan Ketua Penolong Pengarah Unit Perancang Ekonomi Kelantan (UPEN), Haji Abd. Aziz bin Abd. Rahman.
Menurut YB Ustaz Mohamed Daud kejayaan Kelantan dari segi pembangunan ekonomi adalah kerana berpegang kepada konsep-konsep pentadbiran yang dianjurkan Islam.
Dalam melaksanakan kon-sep-konsep tersebut kepenting-an umum adalah lebih diutama-kan daripada kepentingan individu, tambah beliau.
Sebagai contoh, katanya, pembinaan mahligai dapat dilihat sebagai lebih kepada kepentingan peribadi daripada kepentingan umum.
Ini menunjukkan bagaimana rakyat jadi mangsa kepada pemerintahan yang
tidak dibendung mengikut Islam.
Katanya, oleh kerana pem-bangunan ekonomi Kelantan adalah dilaksanakan
bersama antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat, kerajaan negeri akan
sentiasa berhubungan dengan pusat tetapi tanpa menjejaskan tuntutan Islam.
Beliau juga menegaskan bahawa bagi alaf depan kerajaan akan terus melaksanakan program pembangunan yang lebih menjamin kepentingan rakyat, bukannya individu.