SULTAN Brunei Darulsalam, KDYMM Sultan Hasanul Bolkiah melawat Kelantan selama empat hari bermula 6 Mac lalu.
Baginda diiringi oleh Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Pengiran Isteri Hajah Mariam, Pengiran Muda serta kerabat dan pegawai-pegawai.
Ketibaan baginda dan rom-bongan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa disambut oleh lebih KDYMM al-Sultan Kelantan, DYMM Raja Perempuan, YTM Tengku Mahkota dankerabat diraja Kelantan.
Lebih 3,000 rakyat diketuai oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan isteri beserta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, wakil-wakil rakyat, pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan, pelajar-pelajar dan rakyat jelata turut menyambut rombongan diraja dari Brunei itu.
Sultan Hasanul Bolkiah telah diberi taklimat khas pemgbangunan Kelantan dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dengan diiringi oleh al-Sultan Kelantan dan Tengku Mahkota.
Sempena lawatan ini al-Sultan Kelantan mengurniakan darjah kebesaran Yang Amat Dihormati (DK) kepada Hajah Saleha dan Hajah Mariam.
Antara tempat yang dilawati oleh Sultan Brunei ialah Kem Desa Pahlawan, Kilang Marulee dan Eastern Garment di Pengkalan Chepa.
Raja Isteri Pengiran Anak Hajjah Saleha dan Pengiran Isteri Hajjah Mariam telah mengunjungi rumah anak-anak yatim Darul Aitam di Telipot, Kota Bharu dengan diiringi oleh isteri Menteri Besar, Datin Hajjah Tuan Sabariah dan isteri Timbalan Menteri Besar, Hajjah Aminah Abdullah.
Raja Isteri Pengiran Anak Hajjah Saleha dan Pengiran Isteri Hajjah Mariam beserta Raja Perempuan Kelantan turut melawat Pesta Flora di Taman Tengku Anis, Pengkalan Chepa.
Sepanjang lawatan berbagai-bagai majlis bagi meraikan rombongan diraja
Brunei itu turut diadakan. Di antaranya ialah majlis taman dan santapan
malam di Istana Negeri di Kubang Kerian. Tuan Guru Dato’ Menteri
Besar sebagai pemimpin Kerajaan Negeri turut mengadakan majlis santapan
untuk rombongan diraja Brunei yang diadakan di Kota Darulnaim, Kota Bharu.