KETUA Penolong Pengarah Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Negeri Kelantan , Haji Abdul Aziz Abdul Rahman, berkata projek-projek dalam Rancangan Malay-sia Ketujuh baru dilaksanakan hanya 48% sahaja daripada per-untukannya RM1,88 bilion. Jadi, banyak peruntukan ini hanya berada di atas kertas sahaja.
Beliau menyarankan run-dingan dan hubungan dengan kerajaan Pusat patut dibuat dengan baik supaya projek-projek yang telah diperuntukkan itu dilaksanakan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kajian ilmiah yang saintifik terhadap kesan pelak-sanaan Membangun Bersama Islam terhadap hasil negeri Kerajaan PAS Kelantan di majlis Wacana Islam dan Kemakmuran Ekonomi di Dewan Teratai, Kota Darulnaim, Kota Bharu pada 16 Mac lalu.
Kajian tersebut dilakukan oleh Pensyarah Sekolah Ekono-mi, Universiti Utara Malaysia (UUM), Encik Abd. Rahim Anuar dan Cik Azizh Mohd. Yusof. Di majlis itu, Abd. Rahim memben-tangkan laporan kajian dan diulas oleh tiga orang ahli panel.
Haji Abdul Aziz juga menje-laskan bahawa dalam melaksa-nakan Dasar Membangun Bersama Islam, Kerajaan PAS Kelantan mempunyai enam program yang telah digubal dan ada 35 projek atau aktiviti.
Katanya, prinsip yang telah ditekankan ialah tiga prinsip utama iaitu itqaan (kemahiran atau profesionalisme), mas'uli-yah (akauntabiliti, pertanggung-jawaban) dan ubudiyyah (pengabdian).
Ini diterapkan kepada lima aspek pengurusan Kerajaan Negeri atau pentadbiran
Negeri. Pertama, pentadbiran jabatan,; kedua, pengurusan kakitangan;, ketiga,
kewangan; keempat, perancangan dan kelima, pembangunan.
Kedudukan kewangan negeri yang dikaji (mengikut laporan tersebut) menunjukkan
terla-ksananya dasar belanjawan berimbang manakala angkubah yang ditunjukkan
adalah ang-kubah mikro bukan sepertimana yang biasa ditunjukkan dalam bentuk
angkubah makro yang diperlihat dalam perancangan ekonomi terutamanya petunjuk-petunjuk
sosio-ekonomi.
Haji Abdul Aziz mennjukkan dasar-dasar atau prinsip yang disebutkan tadi adalah mujarrab dengan dibuat perbelanjaan secara jimat atau berhemat.
Beliau menunjukkan bahawa, misalnya, pada tahun 1998 belanjawan menunjukkan defisit RM 28 juta tetapi perbelanjaan sebenar berlaku defisit hanya RM13.8 juta kerana prinsip-prinsip pentadbiran yang diperkenalkan itu dipatuhi.
Menyentuh tentang kemam-puan pembangunan Kelantan, beliau menegaskan supaya didaratkan gas ke Kelantan.
Katanya, pendaratan gas di Kelantan wajar dilaksanakan supaya boleh melonjakkan keupayaan kewangan Kelantan dan mewujudkan spin off bagi ekonomi Kelantan.
Menurut beliau, ini kerana hasil negeri sebanyak kira-kira RM170 juta setahun bergan-tung antara 45-50% dari hutan.
Punca hasil yang kedua ialah tanah, lebih kurang 25%.
Beliau mencadangkan pemba-ngunan yang pesat hendaklah diwujudkan, misalnya, melalui pembangunan hartanah yang memberikan hasil kepada Kerajaan Negeri daripada perubahan syarat tanah.
Selain ini, pencerobohan ha-ram perlu diatasi kerana pencero-bohan itu menyebabkan tidak ada hasil tanah yang didapati kerajaan dan hasil hutan pupus kerana banyak sekali pencerobohan haram.
Beliau juga menjelaskan banyak tunggakan deposit berkaitan permohonan tanah yang turut menjejaskan hasil bagi Kerajaan Negeri.
Katanya lagi, tanah terokaan haram banyak sangat hingga plan perancangan untuk membuat pembangunan secara bersepadu seperti membuka ladang kelapa sawit besar-besaran terus tergendala