Make your own free website on Tripod.com
BULETIN BIL. 90/99 (April - Mei)

LEMBARAN BARU BEKALAN AIR KELANTAN

PENGURUSAN bekalan air di negeri Kelantan membuka lembaran baru apabila Perbadanan Menteri Besar Kelantan berjaya mengambil alih pengurusan Kelantan Water Sdn. Bhd. (KWSB) daripada syarikat Thames Water. Satu majlis ringkas menandatangani Surat Ikatan Penamatan dan pertukaran Dokumen Penye-rahan / Ambilalih Kelantan Water Sdn Bhd.(KWSB)  daripada Thames Water kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan berlangsung di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat KWSB, Jalan Yahya Petra, Kota Bharu pada 29 April lalu.

Ayat al-Quran di logo ingatkan pentingnya air

BETAPA pentingnya air dan tanggung-jawab manusia menjaganya dengan sebaik-baiknya kini diperingatkan melalui logo Air Kelantan Sdn Bhd. yang disertakan di dalamnya ayat dari al-Quran: ‘Dan Kami jadikan dari air tiap-tiap benda yang hidup’, (Al-Anbiya' : 30).

Projek perintis lembu pawah KPKB - Desa Taqwa

SEBANYAK 45 ekor lembu betina baka Brah-man dari Darwin, Australia diserahkan seba-gai projek perintis pawah kepada 45 peserta dari enam Desa Taqwa Jajahan Machang da-lam satu majlis ringkas di pejabat lama Jabatan Perkhidmatan Haiwan Machang, 20 Mei lalu.

Bantu rakyat miskin dengan kerohanian

KERAJAAN PAS Kelantan bersikap adil dalam memberikan bantuan kepada rakyat miskin.
“Kita beri bantuan tanpa mengira pegangan politik pene-rima bantuan itu,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat, Hal Ehwal Wanita dan Hubungan Antara Kaum, YB Ustaz Haji Hassan Muhamad, ketika berucap di majlis menyam-paikan bantuan kebajikan kepada rakyat miskin Zon Tawang, Bachok di Balai Penggawa Tawang pada 12 Mei lalu.

Lembaga Pengarah baru tentukan kedudukan kakitangan Air Kelantan

KEDUDUKAN kakitangan Kelantan Water Sdn. Bhd. (KWSB) selepas syarikat ini dipindah milik daripada Thames Water kepada Perbadanan Menteri Besar akan ditentukan melalui mesyuarat pertama lembaga pengarah baru syarikat tersebut yang kini ditukar nama menjadi Air Kelantan Sdn. Bhd.

Naik gaji bagi pekerja Air Kelantan bergaji rendah

SARANAN YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan supaya Air Kelantan Sdn. Bhd. menaikkan gaji kakitangan di peringkat rendah telah disambut dengan penuh gembira oleh kakitangan  berkenaan di majlis pertemuan mereka dengan Menteri Besar di JKR 10 pada 6 Mei lalu.

Pinjaman RM600 juta bina prasarana bekalan air daripada Kerajaan Pusat sedang diuruskan

MENTERI Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat berterima kasih kepada Kerajaan Pusat berikutan pengumuman bahawa Kerajaan Pusat akan memberi pinjaman RM600 juta untuk pembinaan prasarana bekalan air di Kelantan.

Keperihatinan seorang pemimpin

KELUAGRA Ghazali Ismail, 54, yang kematian isteri, Khalijah Ismail, 44, akibat dibaham hari-mau sekurang-kurangnya dapat melegakan rasa dukacita apabila menerima kunjungan Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat di rumah mereka di Kg. Kubang Nyamuk, Pasir Mas, selepas solat zohor pada 13 Mei lalu.

Wujudkan generasi boleh berbahasa Arab di Negeri Serambi Mekah

GENERASI yang berkebolehan menggunakan bahasa Arab hen-daklah diwujudkan di Kelantan, sejajar dengan nama jolokannya sebagai Negeri Serambi Mekah.

YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar menyarankan ini ketika berucap merasmikan Zon Bahasa Arab Maahad Muham-madi (Perempuan) Kota Bharu pada 29 April lalu.

Rundingan ambil alih KWSB sejak Disember 98 hingga 2 April

SEMUA perundingan dan persiapan dokumen tentang penyerahan Kelantan Water Sdn. Bhd. (KWSB) kepada Kerajaan Kelantan (melalui agensinya) telah berlangsung sejak Disember 1998 dan diselesaikan pada 2 April lalu.  Antara perkara yang diselesai-kan itu termasuklah penyusunan semula pegangan saham di dalam syarikat itu.

Budaya berderma dikembangkan bersama "Membangun Bersama Islam"

OLEH kerana budaya bederma boleh memberi sumbangan yang besar terhadap kestabilan dan keharmonian sesebuah negara, Kerajaan Negeri Kelantan yang berslogankan Membangun Bersama Islam sangat mengharapkan suasana dan budaya seperti ini berlaku di dalam masyarakat.

Demikian dinyatakan oleh YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar, ketika berucap merasmi-kan pelancaran kutipan derma Tabung Serambi Mekah bagi tahun ke-9.

Tabung Serambi Mekah sudah sumbang lebih RM14.6 juta sejak 1991

TABUNG Serambi Mekah (TSM) telah mengeluarkan bantuan sejumlah RM14,667,838 sehingga tahun 1998.

Sejak ditubuhkan pada 1991 seramai 4,797 orang rakyat telah menerima bantuan yang dapat mengurangkan beban kesusah-an mereka.

HIJRAH SEBAGAI PENGORBANAN UNTUK PERUBAHAN

ALHAMDULILLAH, sama-samalah kita bersyukur kepada Allah yang telah memberi pelbagai nikmat kepada kita sekalian sejak dari dahulu hingga ke hari ini, yang membolehkan kita sekali lagi menyambut peristiwa Hijratul-Rasul bagi tahun ini.

Ketahuilah Kelas Manusia Yang Telah Diberitahu Oleh Allah swt.

Orang-orang Muslim sekular me-mang tidak pandang langsung kepada masalah kafir, munafik dan mukmin. Orang sekular ini sama ada jenis sosialis, sama ada jenis nasionalis, sama ada jenis pragmatis, sama ada apapun,

Balai Islam penuh sesak ikuti motivasi Dato’ Hassan Ali

LEBIH 5000 muslimat penuh sesak di Dewan Besar Balai Islam Lundang, Kota Bharu dan di pekarangan luarnya untuk mengikuti ceramah Motivasi Wanita anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan pada 1 Mei 1999 lalu.

49.2% tanah Negeri Kelantan diwartakan sebagai tanah berhutan

KELANTAN mempunyai keluasan tanah berhutan yang lebih besar daripada keluasan tanah sesetengah negeri di negara ini.

Keluasan tanah Negeri Kelantan yang akan dikekalkan statusnya sebagai tanah berhutan ialah 49.2 peratus.
YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan  meng-anggar keluasan ini adalah lebih luas daripada kawasan tanah negeri-negeri tertentu.

KESUNGGUHAN KERAJAAN KELANTAN MENGATASI MASALAH BEKALAN AIR

Apa yang diperkatakan sebagai masalah bekalan air di Negeri Kelantan adalah timbul daripada kesung-guhan Kerajaan Negeri pimpinan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat hendak mengatasi masalah itu.  Sebaliknya, sesetengah pihak tidak ber-sikap positif atas keperihatinan pihak pimpinan kerajaan negeri tentang masalah ini.
 

KESUNGGUHAN KERAJAAN KELANTAN MENGATASI MASALAH BEKALAN AIR

Apa yang diperkatakan sebagai masalah bekalan air di Negeri Kelantan adalah timbul daripada kesung-guhan Kerajaan Negeri pimpinan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat hendak mengatasi masalah itu.  Sebaliknya, sesetengah pihak tidak ber-sikap positif atas keperihatinan pihak pimpinan kerajaan negeri tentang masalah ini.

ANTARA 1980-1989 BANYAK TEBANGAN, SEDIKIT HASIL

KERAJAAN PAS Kelantan telah menebang hutan lebih rendah daripada kuota (6890 hektar setahun) yang telah diluluskan oleh Majlis Perhutanan Negara.

Sebaliknya penebangan hutan atau pembalakan yang melebihi had kuota tebangan sebenar begitu banyak berlaku pada masa yang lalu iaitu dari tahun 1980 hingga tahun 1990.

Tidak adil pembangunan Loging dijadikan isu

YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan melahirkan rasa kecewa dan menganggapnya tidak adil terhadap isu yang diheboh-hebohkan tentang pembangunan kawasan Loging di Kelantan dikatakan melanggar peraturan alam sekitar dan Majlis Perhutanan Negara.