“Kelantan dengan itu seakan-akan tersepit, kalau tidak buat apa-apa dikatakan tidak ada pembangunan, jika pembangunan dilakukan, kita dikenakan berbagai-bagai tuduhan pula,” katanya.
Menurut beliau, kawasan Loging di Kelantan diluluskan untuk perladangan dan tanaman sayur-sayuran sebelum peraturan dan ketetapan yang baru dikeluarkan oleh Majlis Perhutanan Negara.
Kerajaan Kelantan telah meluluskan tanah berkenaan kepada beberapa agensi kerajaan seperti YAKIN, KADA dan PKINK yang telah mengambil insiatif memajukannya dengan pihak swasta dalam bidang perladangan dan tanaman sayur-sayuran.
“Adalah tidak adil dan tidak munasabah pihak-pihak tertentu mahu menyekat seratus peratus Kerajaan Kelantan dari melakukan pembangunan tanah di kawasan tersebut,” katanya dalam ucapan mengalu-alukan perasmian bangunan Pejabat Hutan yang baru bagi Kelantan Barat di Tanah Merah. Perasmian dilaksanakan oleh KDYMM al-Sultan Kelantan.
Katanya lagi, adalah tidak adil negeri Kelantan yang masih mempunyai
banyak kawasan yang boleh dibangunkan dengan projek-projek ekonomi untuk
kebaikan rakyat disekat dari berbuat demikian dengan berbagai-bagai alasan.
“Sikap seperti ini samalah seperti sikap sesetengah negara Eropah yang
menentang negara Malaysia menebang hutannya atas alasan alam sekitar sedangkan
di negara mereka sendiri kawasan hutan sudah habis ditebang sejak beberapa
abad yang lalu,” tambahnya.
Beliau berasa hairan di negeri-negeri yang bersempadan dengan Kelantan di kawasan Loging, pembangunan tanah masih berlaku secara berleluasa sama ada secara sah dan secara haram sehingga suasana kedi-nginan semula jadinya di kawa-san tersebut sudah bertukar menjadi panas, tidak pula dide-dahkan kepada umum melalui media seperti yang diperlakukan ke atas negeri Kelantan.
“Kita berharap semoga mereka bersikap adil dan objektif dalam melaksanakan peraturan-peraturan alam sekitar yang telah ditetapkan Kerajaan Kelantan, sama juga seperti kerajaan-kerajaan lain berhak dan ber-tanggungjawab untuk memba-ngunkan mana-mana tempat dan penjuru yang ada di negeri ini, untuk kepentingan sosio-ekonomi rakyat dan Kerajaan Kelantan,” tegas beliau.