BULETIN BIL. 91/99 (Jun-Julai)


Kerajaan yakin dengan dasar jadikan Kelantan sebagai Jelapang Makanan Negara

KERAJAAN Kelantan sekarang memilih untuk menjadikan bidang pertanian sebagai teras dan keutamaan dalam dasar pembangunan ekonominya ada-lah kerana kehidupan dan keselamatan rakyat akan lebih terjamin dalam semua keadaan sama ada semasa susah lebih-lebih lagi dalam waktu senang.


MB kemuka tiga cadangan dapatkan kepakaran Jepun

TIGA cadangan dikemukakan bagi Jepun memberikan kepakarannya dan melibatkan diri dalam projek-projek ekonomi di Kelantan.

Ketiga-tiga cadangan itu berhubung dengan perikanan di Tok Bali, cegahan makhluk perosak di kebun buah-buahan dan tanaman ganti bagi tembakau.


Kaji dan atasi masalah belia kurang minat dalam pertanian

Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, meminta pihak-pihak berkenaan mengkaji  kenapa para belia kita kurang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian walaupun bidang ini mampu memberi pulangan ekonomi yang lumayan.


PKB gembira Ladang Serasa maju

PERMODALAN Kelantan Bhd. (PKB) yakin bahawa penyerta-annya dalam bidang perla-dangan akan memberikan pu-langan yang setimpal untuk menjadikan PKB sebagai sya-rikat induk terunggul dalam kumpulan Perbadanan Kemaju-an Iktisad Negeri Kelantan.

Kerjasama PERNAS untuk bangun sosio ekonomi Kelantan

KERJASAMA PERNAS dan Kerajaan Kelantan membangun-kan Ladang Kelapa Sawit Serasa dapat memberi sumbangan bermakna kepada pembangunan sosio ekonomi Kelantan.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif PERNAS International Holdings Bhd. Tan Seri Tunku Shahriman Tunku Sulaiman berkata demikian di majlis perasmian Ladang dan Kilang Kelapa Sawit Serasa di Gua Musang yang dirasmikan KDYMM al-Sultan Kelantan 14 Jun lalu.