PKB gembira Ladang Serasa maju

PERMODALAN Kelantan Bhd. (PKB) yakin bahawa penyerta-annya dalam bidang perla-dangan akan memberikan pu-langan yang setimpal untuk menjadikan PKB sebagai sya-rikat induk terunggul dalam kumpulan Perbadanan Kemaju-an Iktisad Negeri Kelantan.

Pengerusi PKB, YB Haji Ahmad bin Yakob, memberitahu demikian dalam kata alu-aluannya di buku cenderamata sempena perasmian Ladang dan Kilang Sawit Serasa, Gua Musang, oleh KDYMM al-Sultan Kelantan, 14 Jun lalu. PKB mempunyai pegangan 30% dalam Ladang Serasa.

Menurut beliau pegangan itu merupakan satu pelaburan yang besar yang disertai oleh PKB.

“Sebagai rakan kongsi dalam usahasama dengan PERNAS, PKB turut bergembira dengan kemajuan yang telah dicapai sehingga kini oleh Ladang Serasa,” katanya.
Menurut beliau, PKB juga terbabit dalam bidang kewangan (Ar-Rahn), perhotelan (Hotel Ansar), perubatan (Hospital An-Nisa'), pendidikan (Institiut Teknologi Darulnaim), latihan (Taman Rehlah dan pengiklanan (Bloomingdale).