Make your own free website on Tripod.com
Seminar Ekonomi Perbandingan Islam dan Konvensional

Anjuran Lujnah Penerangan dan Dakwah PAS Negeri Kelantan.
Pada 12 Rejab 1418/ 13 November 1997.
Bertempat di Dewan Zulkifli Mohamad, Bangunan PAS Kelantan, Kota Bharu.
Perasmian oleh al-Fadhil Ustaz Hj Abd  Halim Arshat, Setiausaha Agung PAS.
Pengisian program:
1) Pembentangan dua kertas kerja:
 1- Falsafah Ekonomi Konvensional dan Amalan Dalam Negara Malaysia.
 oleh Encik Zakaria Man, UM.
 2- Ekonomi Islam dan Pertentangan Dengan Ekonomi Konvensional.
 oleh Dr Saiful Azhar Rosli, UIA.
2) Pembentangan resolusi Seminar
 oleh Tuan Hj Abd Fatah Hj Haron,    Ketua Penerangan PAS Negeri    Kelantan.
"Menginsafi dan memahami bahawa sistem ekonomi Islam adalah terbaik dalam menjamin kesejahteraan sosial dan keadilan sejagat; menginsafi  falsafah dan amalan ekonomi negara mula menerima beberapa alat ekonomi Islam; dan menginsafi realiti umat Islam khususnya ahli dan penyokong PAS masih lagi 'berdilema' dalam mengamalkan sistem ekonomi dan kewangan Islam dalam kegiatan ekonominya; maka seminar bersetuju:
1) Menggesa semua pihak menghapuskan fahaman kebendaan di dalam kegiatan ekonominya....
2) Mendesak pihak-pihak yang berwajib  khususnya kerajaan Barisan Nasional mengisytiharkan falsafah ekonomi negara adalah berteraskan sistem ekonomi Islam dan menolak sepenuhnya falsafah ekonomi liberal.....
3) Mendesak semua ahli dan pimpinan PAS komited dalam menerima ekonomi Islam di dalam segenap urusan ekonominya....
4) Mendesak PAS melalui Lajnah Ekonomi mewujudkan rangkaian institusi kewangan Islam yang dikuasai oleh jama'ah...
5) Menuntut pihak kerajaan dan bank-bank khususnya Bank Islam memaksimumkan amalan Sistem Perbankan Tanpa Riba dan alat-alat kewangan Islam....
6) Mengesyorkan ahli dan pimpinan PAS khususnya dari kalangan saf ulama' berusaha menguasai ilmu ekonomi Islam dan beramal dengannya.
...dari ms 33.

7) Menyokong langkah-langkah yang diambil oleh kepimpinan kerajaan Negeri Kelantan yang membangkitksan kesedaran masyarakat seluruh negara dalam memartabatkan keupayaan Islam khususnya di bidang ekonomi ... yang berteraskan Islam....
Ihtifal PASTI Negeri Kelantan
Anjuran Lembaga PASTI Negeri Kelantan
Pada 21 Rejab 1418/ 22 November 1997
Bertempat di Balai Islam Lundang
Perasmian oleh YABhg Hjh Tuan Sabariah Tuan Ishak,
isteri YAB Tuan Guru Dato' Menteri Besar

Ijtima' Ulama' PAS Kelantan
Anjuran
Dewan Ulama' PAS Negeri Kelantan
Pada 6 Syaaban 1418/ 6 Disember 1998
Bertempat di Dewan Besar Balai Islam Lundang Kota Bharu.
Tema: Ulama' Penyelamat Ummah