Make your own free website on Tripod.com

KELANTAN JADI TUMPUAN PELABUR

Pelabur semakin pesat masuk ke Kelantan sejak setahun lalu bagi membuka lembaran-lembaran baru dalam ekonomi dan pembangunan. Ini dapat dilihat apabila majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) berupa cadangan pelaburan dan rancangan pembangunan di negeri ini semakin kerap diadakan.

Sejak September tahun 1996 hingga akhir Mac lalu, 14 perjanjian pelaburan dan MoU pembinaan projek telah ditandatangani antara agensi-agensi kerajaan negeri dan pihak swasta bagi membangunkan negeri ini.

Dalam tempoh kira-kira tujuh bulan itu Kerajaan negeri telah meluluskan projek-projek yang jumlah nilainya lebih RM 5 bilion. Sebahagian besarnya melibatkan projek usahasama di antara agensi kerajaan negeri dan pihak swasta.

Pelaburan dan rancangan pembangunan itu dijangka memberi peluang pekerjaan kepada lebih 11,000 penduduk Kelantan.


HOME