Make your own free website on Tripod.com

Cadangan beri hadiah kepada kakitangan kerajaan beranak ramai

MENTERI BESAR YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan hasratnya untuk memberi hadiah kepada pasangan suami isteri di kalangan kakitangan kerajaan negeri yang mempunyai anak ramai sebagai usaha meringankan bebanan mereka.

Beliau berkata, biarpun cadangan itu masih di peringkat kajian, namun ia diumumkan bertujuan untuk menggalakkan umat Islam di Kelantan mempunyai ramai zuriat.

Beliau berkata demikikan ketika berucap merasmikan pelancaran mendaftar keahlian dan penubuhan Persatuan Pekerja Islam Kelantan, di JKR 10, pada 22 Mac lalu.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam dan Dakwah Negeri, Ustaz Muhamed Daud yang juga anggota Exco kerajaan negeri.

Menteri Besar berkata, cadangan itu akan diambil tindakan segera bagi memastikan ia berjaya dilaksanakan  secepat mungkin.

YAB Tuan Guru juga turut mengalu-alukan penubuhan persatuan itu kerana ia dapat menentukan masa depan pekerjanya yang sebelum ini persatuan pekerja hanya dikendalikan oleh golongan bukan Islam untuk menentukan hak serta kepentingan mereka terutamanya di negara-negara maju. 


HOME