Make your own free website on Tripod.com

Seterpa johan ‘Desa Taqwa’

KAMPUNG Seterpa, di jajahan Kota Bharu diumumkan sebagai johan dalam pertandingan Desa Taqwa Peringkat Negeri Kelantan 1996 dan layak menerima hadiah bernilai RM5,000 dan hadiah penyertaan sebanyak RM1,000.

Tempat kedua dimenangi oleh Kampung Sega, Machang dengan menerima hadiah bernilai RM3,000 serta hadiah penyertaan RM1,000 manakala tempat ketiga dimenangi oleh Kampung Repek, Bachok.

Majlis penyampaian hadiah pertandingan itu telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Besar, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman.

Pegawai Pembangunan Negeri, Abdul Halim Ahmad, berkata kampung yang memenangi tempat pertama itu layak menerima bantuan RM20,000 berbentuk projek.

Pertandingan Desa Taqwa bagi kategori pertanian dan penternakan dimenangi oleh Kampung Sega, Machang. Bagi kategori kemasyarakatan dimenangi oleh Kampung Tempoyak, Pasir Mas dan kategori keagamaan dimenangi oleh Kampung Repek, Bachok.

Sebanyak 10 buah kampung Desa Taqwa dari seluruh Kelantan menyertai pertandingan itu.


HOME