Make your own free website on Tripod.com

Kelantan alu-alukan tentera tingkatkan kawalan sempadan

LANGKAH pihak keselamatan mempertingkatkan kawalan di kawasan sempadan negeri ini bagi mengelakkan kemasukan pendatang tanpa izin ke Kelantan mendapat pujian daripada YAB Menteri Besar.

YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, usaha mengawal sempadan adalah perlu memandangkan pihak luar sering membawa masuk budaya tidak sihat sehingga menimbulkan keadaan yang tidak baik.

Beliau mengulas tentang penyerahan tugas pengawalan kawasan sempadan Kelantan - Thailand bagi memerangi kemasukan pendatang tanpa izin kepada tentera, yang  sebelum ini dikawal oleh polis.
Menurut beliau penyerahan tugas itu mungkin dibuat kerana tugas tentera lebih berkesan.

Tentera akan mengawasi kawasan dari Kalai di Jeli sehingga Pengkalan Kubur di Tumpat bagi mempastikan sempadan di antara dua negara itu tidak dibolosi pendatang.

Upacara menandatangani penyerahan tanggungjawab itu telah dilakukan oleh Panglima Lapan Briged, Brig Jeneral Husaini Hashim dan Ketua Polis Kelantan, Penolong Kanan Pesuruhjaya 1, Datuk Kamaruddin Hamzah.


HOME