Make your own free website on Tripod.com

Ibrahim Ismail DO Kota Bharu

HAJI Ibrahim Ismail dilantik sebagai Ketua Jajahan Kota Bharu bagi menggantikan Haji Hashim Bani Abdul Hamid yang kini bertukar ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan sebagai pengarah.

Pelantikan sebagai ketua jajahan itu secara tidak langsung Haji Ibrahim dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Bharu yang berpejabat di Ketereh.


Penghulu diberi bonus

KERAJAAN Kelantan dianggap negeri pertama di negara ini memberi bonus kepada penghulu dan pegawai unit dakwah halaqatnya sebagai menghargai sumbangan mereka kepada pembangunan negeri.

Penghulu-penghulu yang menerima bonus itu menganggap Kelantan mendahlui negeri-negeri lain bagi menjaga kebajikan kakitangan biarpun mempunyai punca kewangan yang terhad.

Awal Disember lalu, kerajaan negeri telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM5.9 juta telah disediakan bagi membayar bonus kepada semua kakitangan kerajaan negeri termasuk penghulu dan guru-guru Unit Halaqat.


Pusat bandar jadi medan timba ilmu

MENTERI Besar mahu pusat bandar Kota Bharu dijadikan tempat untuk rakyat menimba ilmu agama bagi mengimbangi gejala sosial yang berlaku di kalangan masyarakat sekarang.

“Kita mahu dalam bandar ada tempat orang mengajar agama kerana tempat itu juga ada pelbagai bentuk maksiat,” kata YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, kita mahu nama Allah disebut orang ketika mereka juga berada di mana-mana sahaja termasuk di tengah bandar.

Menurutnya, beliau telah mengajar kuliah agama di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan pada setiap pagi Jumaat sejak berpuluh-puluh tahun lalu bagi memastikan agama Allah disebut orang ketika tengah-tengah kesibukkan bandar.

“Sebelum mengajar di tempat berkenaan, saya pernah mengajar kitab di Masjid Muhamadi sejak kira-kira 30 tahun lalu selepas kembali daripada belajar di Mesir,” ujarnya.


HOME