Make your own free website on Tripod.com

Maahad Dakwah diiktiraf

MAAHAD Dakwah Wal Imamah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (Yik) kini muncul sebagai institusi pengajian tinggi tempatan yang penting selepas ia diiktirafkan oleh Universiti al Azhar Mesir baru-baru ini.

Naib Canselor Universiti berkenaan, Dr Toha Mustafa Abu Karishah menghantar surat pengiktirafan itu kepada Yayasan Islam Kelantan bagi membolehkan pelajar-pelajar lulusan Maahad boleh melanjut pelajaran ke tahun tiga Universiti al Azhar.

Sementara itu, pelajar-pelajar Maahad berkenaan berazam membuktikan kemampuan mereka untuk mengangkat imej pusat pengajian itu setanding pusat-pusat pengajian lain di negara ini.


‘Taman Hijau’ di setiap jajahan

KERAJAAN Kelantan bercadang menambah taman rekreasi seperti  ‘Taman Hijau’ di bandar Kota Bharu dan di setiap jajahan di negeri ini dalam usaha untuk menangani masalah salah laku di kalangan remaja.

Timbalan Menteri Besar,  YB Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman berkata, tempat berkenaan disediakan bukan sebagai medan melepak tetapi bertujuan untuk melepaskan ‘tension’ di kalangan mereka.

“Berdasarkan contoh yang telah ada, ia berjaya membentuk jiwa yang baik kerana mereka berada di taman itu bukan untuk melepak, sebaliknya mencari ketenangan,” ujarnya.


HOME