Make your own free website on Tripod.com

Pesara ladang disediakan lot rumah

KERAJAAN negeri telah meluluskan kawasan seluas 24 hektar di kawasan berhampiran Ladang Sungai Terah, Gua Musang bagi membolehkan pekerja-pekerja yang bersara dari ladang itu ditempatkan di kawasan berkenaan.

Tapak perumahan itu boleh menampung kira-kira 360 keluarga dan kerja meratakan tanah telah dijalankan.

YAB Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengumumkan kelulusan kerajaan terhadap permohonan tersebut.

Kedudukan tapak perumahan itu juga dianggap strategik dan memberi keselesaan kepada penduduk iaitu berhampiran dengan masjid dan Sekolah Kebangsaan Sungai Terah serta berhampiran jalan Gua Musang - Jelawang.

Setiausaha pengurusan tanah tapak perumahan itu, Zulkefli Saaid, mengucapkan penghargaan kepada anggota lembaga pengarah ladang tersebut kerana dapat mempercepatkan proses permohonan tapak berkenaan.

“Keprihatinan kerajaan negeri untuk meluluskan tanah bagi dijadikan lot kediaman menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pekerja di ladang ini apabila mereka tamat berkhidmat nanti,” katanya.
Menurutnya, pembahagian lot berdasarkan kepada satu ekar bagi enam pemohon dan syarat bagi melayakkan pekerja mendapatkan lot berkenaan ialah pekerja mesti bekerja lebih 10 tahun di ladang itu.


HOME