Make your own free website on Tripod.com

TOLONG TEGUR TETAPI JANGAN BERKHIANAT

Saya sebagai ketua kerajaan, kawan-kawan saya sebagai timbalan dalam peringkat kerajaan dan timbalan dalam peringkat parti, dada terbuka.  Apa sahaja benda yang kita buat, benda salah tolong tegur, tetapi jangan buat khianat, kerana hendak boleh macam ini susah.  Kita boleh tanya yang demo hendak lawan, tidak kena di mana?  Asas kita buat kerja ialah Quran dan Sunnah.  Apa sahaja masalah yang timbul kita padukan dengan Quran dan Hadis.  Tak kena di mana lagi Islam setara itu?  Apa sahaja: masalah balak, masalah gaji, masalah pentadbiran, ekonomi, sosial, budaya semua sekali kita padu dengan Quran, padu dengan Sunnah, Ijmak dan Qias.  Dan kebetulan orang yang memimpin Kelantan sekarang ini orang mengaji belaka.
HOME