Make your own free website on Tripod.com

Pelaburan besar untuk bangunkan pasar borong cara Islam dan pelabuhan Tumpat

TUMPAT akan mengalami perubahan pesat menjelang tujuh tahun lagi apabila projek-projek pembangunan  yang menelan pelaburan besar dijalankan mulai tahun ini. Antara projeknya ialah bandar baru Pengkalan Kubur, kawasan industri, marina dan pelabuhan.

“Sehingga kini sudah ada empat projek besar dirancang dan ada di antaranya sudah ditandatangai perjanjian dengan pemaju terbabit,” kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Hj. Abd. Halim Abd. Rahman.

Beliau menjelaskan kawasan seluas 1700 hektar akan dibangunkan melalui usahasama PKINK dengan MJS Partners Sdn. Bhd. di Pengkalan Kubur sebagai bandar baru yang lengkap dengan pelbagai kemudahan istimewa seperti pasar borong bercorak Islam.

Perjanjian dengan Hongkew Holding (M) Sdn Bhd. bagi membina  pelabuhan di Tumpat yang bernilai RM200 juta sudah ditandatangani.   Pelabuhan yang dibina dalam bentuk terusan itu  dijangka  mampu menampung kapal seberat 10,000 hingga 20,000 ton.

Katanya, pelabuhan itu akan menjadi laluan utama untuk barangan eksport yang diproses di sini.
YB Ustaz Abdul Halim berkata, di kawasan yang sama, melibatkan penebusan tanah seluas 640 ekar, akan dibangunkan industri berat.

“Penduduk yang tinggal di Pantai Tujuh juga akan menerima perubahan, apabila tanah seluas 80 ekar di kawasan itu akan dijadikan kawasan perumahan.

“Begitu juga di Berangan, kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan Pusat bercadang mewujudkan Desa Batik,” katanya.


HOME