Make your own free website on Tripod.com

RM 5 bilion dalam masa tujuh bulan

Bilangan projek yang diluluskan itu ternyata berlipat ganda berbanding dengan 38 projek yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri dan Jawatankuasa Serenti Pelaburan dalam tempoh tiga tahun sejak awal 1994 sehingga awal 1996.

Dalam tempoh 1994-96 itu projek-projek utama yang diluluskan termasuklah perusahaan batu marmar yang melibatkan pelaburan berjumlah RM10 jutadi Gua Teluk, Gua Musang, cadangan membangunkan perusahaan kayu bersepadu (RM40 juta), projek batu marmar di Bukit Tiga Beradik, Gua Musang (RM10 juta), industri batu granite di Jeli (RM6.5 juta) dan membina kilang simen di Gua Musang (RM171 juta).

Seterusnya dalam tempoh tujuh bulan lalu pelbagai perjanjian dan MoU diadakan. Antara yang penting ialah MoU antara KUB Berhad dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui Keloil Sdn. Bhd. bagi mewujudkan industri gas di Pantai Senok Bachok.
Saga Niaga Sdn Bhd dan Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin) pula akan mendirikan hospital pakar swasta melibatkan pelaburan RM30 juta. PKINK dan Rumpun Hijau Properties Sdn Bhd menandatangani MoU bagi membina pusat konvensyen di Pantai Irama (RM250 juta).

PKINK dan Malaysia Resourse Corporation Berhad (MRCB) akan berusahasama membangunkan harta tanah.

Di tanah tinggi Lojing, Gua Musang, Yakin dan Gunung Jernih Sdn Bhd akan memajukan pusat rekreasi dengan modal pembangunan RM1 bilion.

PKINK dan MJS Partners Sdn Bhd akan melabur RM2.3 bilion bagi mewujudkan bandar baru Pengkalan Kubur.  PKINK dan Hongkew Sdn Bhd berjanji membina pelabuhan Tumpat yang dianggar menelan belanja RM200 juta. PKINK dan Telekom Malaysia Berhad juga berjanji akan berusahasama melibatkan pelaburan RM40 juta dalam pelbagai projek pembangunan.

Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad dan Sedawan Holding Sdn Bhd berusahasama melabur RM16 juta untuk industri ayam.

Kilang bagi memproses ayam yang berharga RM1.5 juta telah dibina di Pengkalan Chepa dan akan beroperasi tidak lama lagi.

Jumlah pelaburan dalam tempoh tujuh bulan itu lebih RM5 bilion. Ini amat memberangsangkan, sekaligus membuktikan kesungguhan kerajaan Kelantan sekarang meningkatkan ekonomi rakyat dan keyakinan pelabur terhadapnya.

YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar sebelum ini mengingatkan pelabur yang berminat melabur di Kelantan supaya meneruskan hasrat mereka tanpa mempedulikan halangan orang politik yang berfahaman sempit.

Menteri Besar Kelantan danPerdana Menteri Malaysia telah mengenepikan perbezaan politik masing-masing untuk menyaksikan majlis menandatangani MoU bagi projek petrokimia pada 4 April lalu. MoU ini ditandatangani oleh Keloil Sdn Bhd dan KUB Bhd bagi membangunkan industri petrokimia di Pantai Senok, Bachok.  Ini boleh disifatkan sebagai lembaran baru dalam corak dan kerjasama pembangunan Kelantan. 


HOME