Make your own free website on Tripod.com

Kelantan Didatangi Pelabur Sejak  1991

WALAUPUN pelbagai keburukan dituding ke Kelantan oleh musuh, pihak pelabur yang mengutamakan persekitaran lebih terjamin tetap memilih Kelantan

Kegawatan ekonomi yang berlaku sekarang tambah meyakinkan pelabur dalam dan luar negara untuk membuat pelaburan di negeri.

Berdasarkan kepada kian ramai pelabur melahirkan hasrat untuk menanam modal di Kelantan, maka kerjaan ngeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mewujudkan 12 lagi kawasan perindustrian merangkumi keluasan kawasan 5,220.448 hektar. 



Kawasan-kawasan baru itu ialah di Peringat dekat Kota Bharu merangkumi kawasan 40.468 hektar; Berangan, Tum-pat (60.702 hektar); Pengkalan Kubur, Tumpat (404.686 hek-tar); Apam, Pasir Mas (809.372 hektar); Tok Bok/Labok, Machang (995.528 hektar).

Bandar Baru, Gua Musang (348.030 hektar); Mentara Estate, Gua Musang (578.701 hektar); Cherang Ruku, Pasir Puteh (404.686 hektar); Berdang, Jeli (161.874 hektar); Simpang Bandar, Jeli (809.372 hektar); Batang Merbau, Tanah Merah (202.343 hektar) dan Tawang, Bachok (404.686 hektar).

Pada masa ini terdapat 737.7 hektar kawasan perindustrian di Kelantan merangkumi Jajahan Gua Musang seluas 140 hektar, Jeli (29.4 hektar), Tanah Merah (84.4 hektar), Kemubu Ulu Kelantan (63.9 hektar), Pengkalan Chepa I (9.7 hektar), Pengkalan Chepa II (403.1 hektar) dan MEIL Lundang (7.2 hektar) yang kesemuanya telah habis dijual.

Kawasan-kawasan berkenaan mengandungi 247 buah kilang. Seluas 5,220.48 hektar merangkumi 12 kawasan baru akan diadakan bagi menampung permintaan yang kian bertambah di kalangan pelabur untuk mendirikan pelbagai jenis kilang.



Sejak 1991,dengan dirintis oleh Sapura Holdings, korporat-korporat lain turut berlumba-lumba untuk membuat pelaburan di Kelantan seperti Abrar International Group, Tenaga Nasional, syarikat-syarikat perhotelan dan lain yang telah pun membuat pelaburan, sedang membuat pelaburan dan akan membuat pelaburan. Kini, Kota Bharu selaku ibu negeri berubah wajah kerana pesat menjadi pusat percambahan pembangunan ketika bandar-bandar lain di negara ini menghadapi kemalapan pembangunan ekoran kemalapan ekonomi.

HOME