Make your own free website on Tripod.com

Pelancongan tingkatkan industri perhotelan di Kelantan

INDUSTRI pelancongan mem-berikan sumbangan terbesar kepada rakyat Kelantan dari segi menumbuhkan industri perhotelan dan juga pendapatan

Ini jelas dapat dilihat dari-pada hanya 683,403 orang pe-lancong berkunjung ke Kelan-tan pada tahun 1990 mencapai angka lebih sejuta pada tahun 1992; seterusnya mencecah angka lebih dua juta pelancong pada tahun 1996.

Dengan kedatangan pelan-cong jumlah hasil juga mening-kat dengan banyaknya iaitu RM 329,246,030 pada tahun 1990 menjadi RM543,055,973 pada tahun 1996.  Sempena Tahun Melawat Kelantan 98 pening-katan hasil pelancongan bagi Kelantan dijangka melebihi RM600 juta dengan kedatangan pelancong dianggarkan mele-bihi 2.5 juta orang.

Kepesatan pertambahan pe-lancong yang datang ke Ke-lantan menyebabkan industri perhotelan dan rumah tumpa-ngan berbagai-bagai jenis tumbuh seperti cendawan pada musim hujan.
Pada tahun 1992 Kelantan mempunyai hanya 71 buah hotel dan rumah tetamu dengan 1,355 bilik.  Pada tahun 1996, jumlahnya meningkat kepada 148 buah dengan 3,974 bilik.


HOME