Make your own free website on Tripod.com
 

Sumbangan kepada orang cacat penglihatan

Kerajaan Kelantan menyumbang bantuan RM5000 kepada Pertu-buhan Orang-orang Cacat Pengli-hatan Malaysia Kelantan.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Industri Desa Kelantan, YB Haji Omar Muhamed, di Dewan Majlis Daerah Bachok 11 April lalu.
Selain sumbangan tersebut Kerajaan Kelantan juga melulus-kan pemberian tanah seluas 580 meter persegi untuk tapak bangunan pejabat pertubuhan itu.

Dalam ucapannya di majlis itu, Haji Omar Kerajaan Negeri sentiasa berusaha mengurangkan bilangan rakyat miskin di negeri ini, termasuk membantu mereka yang kurang upaya.  Usaha ini di-lakukan melalui bantuan kewang-an, ilmu dan kebendaan bagi meningkatkan taraf hidup mereka.
Pengerusi pertubuhan berke-naan, Mat Darus Sulaiman, mengu-capkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas bantuan itu.

Katanya, sumbangan itu mem-beri makna yang cukup besar ke-pada anggota-anggota persatuan-nya untuk memiliki bangunan.


Motorcross dan cubcross meriahkan TMK 98

Tahun Melawat Kelantan 98 turut dipromosi dan dimeriahkan dengan kejohanan motorcross dan cubcross. Pengurus Besar Tri-Mus (M) Sdn. Bhd., Mustapha Kamal Razuan, berkata biarpun kegawat-an ekonomi masih berlaku pihak-nya berjaya menganjurkan kejo-hanan tersebut dengan mendapat kerja-sama berbagai-bagai pihak dan juga Kerajaan Kelantan.

Kejohanan peringkat kebang-saan tersebut diadakan di litar Dataran JPS di bawah Jambatan Sultan Yahya Petra pada 10 dan 11 April lalu.

Mustapha Kamal berkata inilah kali kedua kejohanan tersebut diada-kan di litar JPS.  Beliau menganggap litar itu adalah antara empat litar terbaik bagi acara mo-torcross dan cubcross di negara ini.


Dakwah kepada Orang Asli dipertingkatkan
Dakwah bersepadu dilancarkan di lima perkampungan Orang Asli di pedalaman Kelantan melalui usaha agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Kelima-lima perkam-pungan Orang Asli itu ialah Hendrop, Sungai Rual, Kuala Lah, Kuala Wook dan Pasik.

Setelah berjaya mengislamkan hampir 100 Orang Asli di Pos Pulat, Gua Musang awal tahun ini, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat akan bertum-pu ke lima kampung tersebut.

Agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan itu ialah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Majlis Aga-ma Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Majlis Perban-daran Kota Bharu, Jabatan Perhu-tanan, Institut Dakwah Islamiah Perkim, Perkim Pusat dan Pejabat Tanah dan Jajahan berkenaan.

Menurut Setiausaha Kehormat Perkim Bahagian Kelantan, Haji Ghazali Abdul Rahman, pelancar-an itu melibatkan kegiatan seperti klinik bergerak, sukan, majlis muhibah, gotong-royong, ceramah kesihatan dan ziarah.

Katanya, sehingga kini 2,000 daripada sejumlah 7,000 penduduk Orang Asli di Kelantan sudah memeluk Islam.


Guru Bahasa Arab YIK berkursus

Guru Bahasa Arab dari sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) mengikuti kursus bahasa Arab yang disampaikan oleh tujuh pengajar yang mempunyai peng-khususan dalam pengajaran Bahasa Arab. Kursus itu melibatkan 300 orang guru dari 82 buah sekolah YIK digilir-gilirkan dalam tiga sessi.  Setiap sessi selama tiga hari dimulakan pada 12 April dan berakhir pada 28 April.

Penolong Pengarah (Pusat Ba-hasa Arab), Ustaz Nasir Muhamad berkata kursus diadakan bagi me-nyahut seruan Kerajaan Negeri agar pengajaran bahasa Arab dipertingkatkan.


HOME