Make your own free website on Tripod.com

Kelantan tidak gelojoh membangunkan industri perkilangan

TIDAK dapat dinafikan pembangunan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negeri penting. Namun, kerajaan pimpinan YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mengamalkan sikap gelojoh untuk maju dan membangun.

Walaupun ruang dan peluang untuk pembangunan terbuka luas, kesempatan yang ada bukanlah diambil tanpa had atau tanpa batas sempadan.

Sebaliknya pembangunan dirancang dan dilaksanakan secara saksama untuk kesejahteraan semua lapisan makhluk supaya sentiasa sepadan dengan atau berada dalam keredhaan Allah.

Tidak ada apa gunanya pembangunan dan kemajuan dimegah-banggakan kalau kesan dan akibahnya, anak bangsa selaku umat Islam akan terpinggir dan terhalau ke jurang hidup yang mundur melarat dan sesat di dalam persekitaran yang mudharat.

Untuk apa bangunan-bangunan pencakar langit dibina dengan banyak, gedung-gedung perniagaan membiak kalau anak bangsa beragama Islam hanya duduk melepak di kaki-kaki lima atau sekadar menjadi kuli dengan perolehan bulanan paling rendah berbanding dengan pekerja-pekerja bangsa lain beragama bukan Islam.

Pun tidak ada apa faedah dan labanya  kepada bangsa dan agama jika berjaya meraih pendapatan yang tinggi tetapi culas dengan agama dek jinak dengan kerja-kerja maksiat. Pembangunan dan kemajuan sedemikian lebih bersifat laknat, bukannya rahmat. Kelantan tidak mahukan pembangunan dan kemajuan sedemikian.

Oleh itu kerajaan pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz telah, sedang dan akan merancang dan melaksanakan strategi pembangunan meliputi dua aspek utama.

Pertama, menjadikan Islam sebagai asas dalam perancangan dan pelaksanaan pembangunan sosia-ekonomi.

Kedua, mesasksamakan pertumbuhan dan agihan  kepentingan dunia dengan mengambil kira peningkatan jasmaniah, akidah dan rohaniah.

Ekoran dari itu, maka Dasar Perindustrian dan Perdagangan Negeri Kelantan dirancang dan diprogramkan seperti berikut:

#      meningkatkan pelaburan dari luar dan dalam negeri yang didak bercanggah dengan dengan
        Islam;
#      meningkat dan membangunkan sumber-sumber yang sedia ada secara maksimum;
#      menjadikan sektor pembutan sebagai jentera serta alat pendorong pertumbuhan ekonomi dan
        guna tenaga;
#      meningkatkan penglibatan dan penyertaan Bumiputera dalam industri pembuatan.

Sebagai bukti kepada dasar tersebut, pengawasan dilakukan mengikut apa yang digariskan dalam Dasar Secara Khusus Mengenai Sesuatu Jenis Pelaburan.  Antara contohnya ialah:

#     bilangan kilang simen dihadkan setakat lima sahaja dan akan dikaji semula pertambahannya
       jika  perlu
#     bilangan kilang marmar dihadkan setakat 10 sahaja dan akan dikaji pertambahannya jika perlu;
#     perusahaan pengeluaran batu marmar mesti dilaksanakan dengan usahasama antara syarikat
       swasta dengan agensi kerajaan seperti PKINK atau YAKIN.


HOME