Make your own free website on Tripod.com

Rancang menempatkan 2,000 rakyat termiskin dengan agensi kemajuan tanah

KERAJAAN Negeri Kelantan merancang menempatkan golongan termiskin yang tidak mempunyai tanah di ranca-ngan-rancangan pembangunan tanah di negeri ini bagi membaiki taraf hidup mereka.
Timbalan Menteri Besar, YB Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman berkata, rundingan dengan beberapa agensi kemajuan tanah di negeri ini dibuat bagi tujuan tersebut, antaranya dengan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dan FELDA.

Katanya, rundingan dengan kerajaan persekutuan bagi tujuan itu juga sudah dibuat.
Jika perkara itu menerima persetujuan dari semua pihak, sekurang-kurangnya 2,000 rak-yat termiskin yang tidak mem-punyai tanah akan menikmati faedah penempatan di tanah-tanah rancangan.

Beliau berkata, berdasarkan kajian yang dibuat oleh pihak berkaitan, di Kelantan terdapat 6,000 orang rakyat termiskin.


HOME